Forum IPPBM

Kementerian Belia Dan Sukan => YB Khairy Jamaluddin, Menteri KBS yang baru, apakah pandangan anda? => Topic started by: Muhammad on July 01, 2014, 04:17:07 PM

Title: BR1M Untuk Belia
Post by: Muhammad on July 01, 2014, 04:17:07 PM
Relevankah BR1M untuk belia yang berpendapatan RM2000 ke bawah? 8)
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: msnizammzahri on July 04, 2014, 05:18:17 PM
Sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos sara hidup. tetapi rakan-rakan yang lain bagaimana pandangan anda?
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: rudynoor on July 04, 2014, 06:14:59 PM
Saya rasa wajar tp seharusnya dalam 2500 ke bawah kerana kos sara hidup semakin meningkat terutama yang duduk di kawasan bandar berbanding pedalaman...
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: farid108 on July 08, 2014, 05:30:10 PM
Bantuan BR1M ini wajar, namun perlu juga ambil kira harga dan perkhidmatan barang semasa. Perlu ditingkatkan daripada semasa ke semasa. Syarat untuk individu perlulah dinaikkan kepada RM2500 ke bawah memandangkan kos sara hidup di bandar-bandar besar lebih tinggi  :( . Dan pada pandangan saya tahun hadapan 2015 perlu dinaikkan sekurang-kurangnya bantuan BR1M RM350/individu yang layak.

P/S: Pandangan ini tidak mengambil kira prestasi kewangan negara jika dikatakan pemberian ini akan meningkatkan lagi perbelanjaan negara dan lain-lain faktor kewangan yang terlibat.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: msnizammzahri on July 09, 2014, 08:40:07 AM
memang betul jugak kalau kita katakan BR1M ni patut diberi kepada golongan berpendapatan RM2.5k kebawah disebabkan golongan itu boleh dikatakan miskin bandar.. tetapi selain pemberian BR1M, kerajaan perlu jugak memikirkan inisiatif lain bagi membantu meningkatkan pendapat jurang miskin bandar antara golongan belia..

Bak kata pepatah

"jangan bagi ikan, tetapi bagi joran"

Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: Zita on July 12, 2014, 08:51:16 PM
Jika mengikut kadar taraf hidup yang meningkat dan keadaan negara yang sedang membangun,ianya tidak lagi relevan lagi jika hanya Belia yang berpendapatan RM2000 ke bawah layak mendapat BR1M. Apatah lagi jika Belia tersebut mempunyai banyak tanggungan dan tinggal khususnya di K.L.Dengan pendapatan RM2000 lebih. Sepatutnya dinaikkan lagi antara 2.5k atau lebih untuk Belia layak mendapat BR1M.Diharap ianya dapat meringan beban mereka dengan keadaan ekonomi sekarang...
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: MOHD ASHRAF BIN ABDULLAH on July 14, 2014, 06:16:02 PM
Pendapat saya,pemberian BRIM ini sungguh tidak relevan dalam dunia yang penuh dengan rintangan dan cabaran ini. Kerajaan seolah-olah cuba memanjakan rakyat untuk tidak berdikari untuk mencari rezeki dan berusaha menaikkan nilai per ringgit pendapatan yang diperoleh. Jika benar kerajaan ingin mengurangkan beban rakyat,banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan,yang pasti bukannya BRIM. Jika kita lihat dengan mata kasar kita,berapa ramai yang benar-benar memanfaatkan BRIM ini untuk masa depan sebagai simpanan. Saya boleh pasti lebih daripada 50% menggunakannya untuk  tujuan yang bukannya keperluan tetapi kehendak. Ada yang menggunakannya untuk membaiki kereta,membeli perkakasan rumah,dan ada juga yang pergi ke restoran mewah untuk makan besar. Wallahualam,hanya Allah lebih mengetahui segala sesuatu. Saya hanya melontar pandangan dan tiada niat untuk menyakiti mana-mana pihak.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: Alif on July 14, 2014, 09:25:44 PM
Jika ditanya apakah relevan? Sudah pasti ianya relevan. Kerana perbezaan pendapatan rakyat Malaysia dengan kos sara hidup kita adalah sangat merunsingkan. Dan kini sudah terlihat usaha kerajaan dalam memulih prestasi ekonomi negara. Walau bagaimanapun, diharap kerajaan dapat secara konsisten mengurangkan beban rakyat dan dalam masa yang sama dapat memulihkan ekonomi negara. Rakyat tak terbeban, Negara Maju 2020.
Seperkara lagi, usaha memansuhkan pemberian subsidi pukal kepada pemberian lebih bersasar adalah sangat bijak. Akan tetapi, jangan ianya menjadi TERSASAR. Saya adalah salah seorang yang layak menerima BRiM tetapi menjadi tersasar dan tidak dapat menikmatinya kerana masalah teknikal.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: hanim on July 15, 2014, 07:29:07 AM
perlu dinaikkan jumlah pendapatan kepada 2500 dan mengira juga tanggungan mereka.. mostly golongan bujang juga punya tanggungan seperti ibubapa dan adik beradik yang masih bersekolah
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: faizmanap on July 15, 2014, 11:35:34 AM
memang betul jugak kalau kita katakan BR1M ni patut diberi kepada golongan berpendapatan RM2.5k kebawah disebabkan golongan itu boleh dikatakan miskin bandar.. tetapi selain pemberian BR1M, kerajaan perlu jugak memikirkan inisiatif lain bagi membantu meningkatkan pendapat jurang miskin bandar antara golongan belia..

Bak kata pepatah

"jangan bagi ikan, tetapi bagi joran"

Setuju dengan pemberian BR1M utk belia.. cumanya, maybe ada baik lagi klau Kerajaan atau mana2 yang boleh berkaitan dalam mewujudkan peluang2 yang lebih baik dalam menjana peningkatan pendapatan kepada belia. Pemberiam BR1M setahun sekali ( Maybe.... ), tp, peluang / inisiatif yang diberikan, maybe dapat menjana pendaptan bulanan yang baik....  :) ( maaf, saya budak baru dalam forum ini... )
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: angah6000 on July 15, 2014, 12:31:23 PM
Bagi pendapat saya sebagai belia, pengguna dan penjawat awam yang telah berkhidmat dalam sektor awam, pembeian BR1M masih relevan pada masa hadapan memandangkan GST akan dilaksanakan. Statistik menunjukkan seramai 50%  belia dan pengganggur dari IPTA dan IPTS masih belum mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dan tahap gaji minima masih diguna pakai dari segi sektor awam dan swasta. Gaji minimum bagi sektor awam perlu dilihat secara terperinci iaitu sebanyak RM 1500.00 (Contract for service)diberikan kepada kelulusan ijazah yang masih lagi digunakan memandangkan saranan Perdana Menteri menghadkan gaji minima bagi sektor swasta. Dalam menempuh negara maju, kerajaan perlulah mengkaji semula pemberian gaji terutamanya di sektor awam dan swasta agar pemberian BR1M ini dihadkan dan diperhalusi kepada golongan sasar yang sangat memerlukan bantuan sara hidup. Dengan perlaksanaan GST pada April 2014, kos sara hidup akan meningkat dan secara tidak langsung harga barangan akan meningkat disebabkan kuasa membeli dan mendapatkan barangan meningkat. Persoalan disini, adakah kerajaan akan terus memberikan BR1M kepada golongan belia yang berpendapatan rendah setiap tahun tanpa melakukan pembaharuan gaji dan kenaikan gaji bagi pemegang izajah? berapa lamakah jangka tahun bagi pemberian BRIM kepada belia? Satu usaha perlu dilakukan oleh kerajaan terhadap gaji pekerja di sektor awam mahupun swasta agar pemberian BR1IM ini tidak menjadi satu kemestian dalam negara kita. JIka di kaji semula, berapa RM bILLION telah kerajaan peruntukkan melalui permberian BRIM bagi setiap tahun. Maka dengan ini, saya mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula pemberian gaji minima bagi sektor awam dan swasta.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: SAHARUDEN KAMALUDIN on July 15, 2014, 07:43:56 PM
BAGI SAYA BAGUS KERAJAAN MEMPERKENALKAN BANTUAN INI.. TETAPI CADANGAN SAYA.... LEBIH BAIK BAJET INI DI AGIHKAN UNTUK MENGURANGKAN SUBSIDI KERAJAAN ATAU BARANGAN.... SUDAH TENTU SEMUA LAPISAN MASYRAKAT AKAN MENERIMA TEMPIAS KEBAIKKANNYA
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: Areen on July 16, 2014, 08:51:19 AM
Salam,

Bagi pendapat saya, tak jadi masalah jika kerajaan nak bagi BR1M, samada pada belia atau golongan lain. Tetapi, kena tengok dan kaji betul-betul, setakat mana kepuasan yang diterima . Gaji bawah 2000 ke, 2500 ke, 1500 ke....itu bukan masalah. Saya tahu kerajaan mampu bagi berdasarkan sasaran gaji-gaji yang telah dipersetujui. Cuma, kalau boleh pemberian BR1M ni, dibuat pada waktu yang sesuai. Maksudnya, seperti hari-hari perayaan besar. Di Malaysia kita ada 3 perayaan besar. Thn Baru Cina, Deepavali & Hari Raya Aidilfitri. Apabila tiba Thn Baru Cina, golongan belia bangsa cina akan dapat dahulu bahagian BR1M mereka. Diikuti pula dengan Hari Raya Aidilfitri, tiba giliran belia bangsa Melayu dan seterusnya Deepavali bagi belia kaum India. Biar berperingkat, supaya kerajaan tidak terlepas peluang dantidak terlepas pandang golongan yang layak menerima BR1M. Selain itu, ia dapat meringankan beban belia untuk persediaan raya. Saya yakin belia pasti rasa seronok, sebab bila nak raya je, orang akan dengar penjawat awam terima bonus. Yang tak "penjawat awam", dengar je dah sakit hati, untung la yang penjawat awam ni...hehe. Sekurangnya, ini boleh berlaku adil, umpama kita bagi bonus dan duit raya pada belia. Beri pada waktu perayaan, buat BR1M ni macam bonus / duit raya. Bajet ditinggikan atau direndahkan itu terpulang pada kerajaan. Yang penting teruskan BR1M jika masih mampu, dan beri pada waktu yang sesuai seperti perayaan besar yang telah saya sebutkan. Sebab kita sendiri tahu apa yang boleh menggembirakan hati bila tiba hari perayaan. Semoga berjaya semua belia.  ;D ;D ;D ;D
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: MOHD.FIRDAUS KHAIRUDDIN on July 16, 2014, 10:33:12 AM
sangat relavan,, tetapi lebih bagus jika ditukarkan kepada bentuk subsidi kerana kenaikkan harga barang kini lebih tinggi dari kadar br1m. Tolong la dato rendahkan harga minyak... tq.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: Ruqaiyah on July 16, 2014, 11:34:04 AM
Salam,

Pada pendapat saya, BR1M sangat diperlukan untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan RM 2,000 ke bawah. Malah mungkin pendapatan yang lebih dari itu juga memerlukan. Seperti yang telah sedia maklum, rakyat yang tinggal di Kuala Lumpur berpendapatan RM 3,000 ke bawah dikategorikan sebagai taraf miskin. Namun untuk perancangan jangka panjang, bantuan ini boleh digantikan dengan kawalan harga barang, makanan, rumah atau sewa rumah yang lebih membantu sebagai bantuan sepanjang tahun . Berbanding RM 250 (bujang) atau RM 500 (ketua/ahli isi rumah) yang boleh dihabiskan dalam masa sehari untuk membeli barang keperluan seperti makanan.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: Mohd Izat on July 16, 2014, 12:46:48 PM
Pemberian Br1M untuk belia tidak berapa releven kerana tidak semua golongan belia yang layak menerimanya (faktor kesilapan teknikal dan sebagainya) dan kesannya adalah untuk jangka masa yang singkat. Nilai BR1M yang diberi hanya bertahan untuk seketika,ada dikalangan mereka yang layak menerima BR1M hanya menggunakan bantuan ini untuk membeli gajet yang terkini. . Peruntukan untuk BR1M boleh digunakan dalam bentuk membantu golongan belia menangani kos sara hidup yang tinggi dalam jangka masa yang panjang. Seperti penambahan subsisdi untuk golongan tersasar, bantuan belia berpendapatan sederhana dalam mendapatkan rumah mampu milik dan sebagainya.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: rizal on July 16, 2014, 01:36:41 PM
Salam,
Bantuan BR1M bagus untuk belia dan rakyat Malaysia. Tetapi tiada laporan adakah BR1M ini dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat kerana bantuan itu adakah ia digunakan untuk keperluan atau kehendak penerimanya. Cadangan saya lebih baik subsidi yang sedia ada disemak semula adakah ia sampai kepada golongan yang disasarkan. Pada masa ini Malaysia dibanjiri oleh orang asing yang sama sekali menikmati subsidi kerajaan yang hasilnya adalah sebahagian daripada kutipan cukai yang di bayar oleh orang Malaysia sendiri. Perlu diwujudkan satu sistem atau subsidi dikurangkan dan rakyat Malaysia diberi elaun secara bulanan bagi menggantikan subsidi tersebut bagi mengurangkan kos sara hidup. Saya juga mencadangkan kerajaan dapat membuat satu projek hydro mini untuk setiap rumah dimana daripada aliran air dari paip utama ke rumah mempunyai kederasan yang tinggi yang mana boleh menghasil tenaga elektrik secara percuma. Daripada inisiatif terbabit dengan subsidi yang dikurangkan dapat diperuntukkan untuk sistem tersebut dan dapat mengurangkan kos seharian rakyat. Pejabat kerajaan juga boleh menggunakan sistem solar kerana Malaysia adalah negara yang sesuai untuk tenaga solar. Ini juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan dapat digunakan untuk pembangunan infrastruktur negara. Sistem pengangkutan awam perlu di tambah lagi. Impak daripada wujudnya Komuter yang mempunyai tren baru yang luas dan selesa, LRT dan Monorail yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan belia dan jajaran landasan dipentingkan berdekatan pusat pendidikan dan bangunan komersil bagi boleh mewujudkan stesen untuk memudahkan golongan belia pergi ke tempat kerja tanpa menggunakan kenderaan persendirian. Semoga ada lagi inisiatif dan pelan jangka masa panjang untuk golongan belia kerana masa depan sesebuah negara itu terletak pada golongan belia masa kini. Semoga maju jaya kepada semua golongan belia mengharungi dunia yang penuh mencabar pada masa ini. Sekian, teima kasih.  :)
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: bieyanie on July 16, 2014, 03:55:58 PM
BR1M - Semua orang nak BR1M.Yang tak nak BR1M memang talam dua muka. Depan cakap tak nak, belakang nakkkk sangat..

Layak atau tidak..???

MEMANG LAYAK SANGAT. KALAU BOLEH TAMBAHKAN LAGI jumlah BR1M tu..Bukan ape, semenjak semua peniaga2 dan permis perniagan menaikan harga barangan..secara Automatiknya juga gaji cam tu tak boleh diguna sangat bagi yang bekerja kawasan bandar. Bagaimana dengan orang yang bekerja luar bandar pula.??JIMAT..???? dah berusaha berjimat, tetapi komitmen sekeliling mempengaruhi PENDAPATAN.

BR1M = Di berikan sekali setahun. Kan bagus ianya di agihkan pada setiap perayaan mengikut agama tersendiri. Tak juga bendahari & juru audit pusing kepala..

Cuba bayangkan perbelanjaan pada musim perayaan dan hari biasa. Fuh, tak menang otak asyik berfikir sumber pendapatan datang dari mana. Harapkan gaji ..FUhhhh...memang beli barangan ala kadar jer..n putihkan mata jer bila orang kaya-kaya membeli barangan..huhuhuhu..aku sentiasa mengamalkan bisikan cam ni dalam hati di kala BR1M muncul kembali.."wahai hati bersabar la yer...tu bukan duit aku pun..bukan duit hasil usaha aku pun..Tetapi duit rakyat Malaysia. Yer, aku pun kategori rakyat jua..tetapi nak memberontak TERIMA ATAU TIDAK..kena faham sendiri jer la.."

Korang tak setuju dengan pendapat Aku, terpulang..I just want to shared,..hehhe
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: rush_aztech on July 16, 2014, 05:07:24 PM
BR1M.... sampai bila??

Sebenarnya pemberian Brim ini tidak menguntungkan penerima tetapi lebih menguntungkan PENIAGA....
PENIGA akan mencari kesempatan ke atas pemberian BRIM ini dengan menaikkan harga barang....

"SEMAKIN BESAR PERIUK NASI SEMAKIN BESAR KERAKNYA"

Gaji besar mana pun tak pernah cukup sebab semakin tinggi pendapatan... semakin tinggi kuali hidup yang kita kejar...

Adalah lebih baik kalau dikaji kenapa harga barang meningkat dan mencari jalan mengatasinya...
Kenapa harga ayam dulu RM7.00/kg sekarang plak RM9.00/kg. 
Kenapa harga  gula dulu RM 2.50/kg sekarang plak RM2.94/kg 
(kos apa yang sebenarnya menyebabkan peningkatan? adakah disebabkan pengangkutan? tenaga buruh? atau lain2 sehinggakan
tokey ayam boleh belikan anak kereta mini cooper...
sehinggakan tokey gula boleh beli kelab bola sepak di EROPAH)

Pelik kan.... 10 tahun lepas tak pernah dengar pun... 
Tolong pertingkatkan lagi persaingan penawaran dan bukannya permintaan keatas barangan asas...
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: neyami84 on July 17, 2014, 09:53:54 AM
Relevankah BR1M untuk belia yang berpendapatan RM2000 ke bawah? 8)

brim banyak membantu saya...terima kasih

http://i699.photobucket.com/albums/vv354/pecot85/brim_zps7c5b9797.jpg (http://i699.photobucket.com/albums/vv354/pecot85/brim_zps7c5b9797.jpg)
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: AZMIR on July 17, 2014, 11:32:36 AM
Jikalau pendapatan purata belia Malaysia adalah tinggi, adakah golongan belia ini akan bergantung kepada BR1M ini ? Jikalau ianya wujud pun pasti mereka tidak akan peduli kerana pendapatan mereka telah cukup untuk mereka.  Padahal pemberian secara one off ini tidak menyelesaikan masalah, pendapatan tidak ditingkatkan, harga barangan pula yang makin meningkat. Ada lebih ramai golongan yang berhak menerima BR1M ini tidak menerima BR1M ini, sistem pengiraan pendapatan rakyat yang tidak tepat dan boleh dipertikaikan, purata rakyat Malaysia tidak menerima gaji bersih seperti yang diisytiharkan di dalam slip gaji mereka, setelah ditolak caruman KWSP/SOCSO dan sebagainya, pemberian bantuan biarlah kepada golongan yang berhak dengan mengambilkira pendapatan bersih dan bukannya pendapatan kasar warganegara Malaysia dan itulah baru dinamakan Bantuan. Bantuan jikalau diinsuranskan itu bukan bantuan namanya, itu namanya sambil membantu, sambil menyeluk saku.  :)
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: fiza on July 17, 2014, 12:19:01 PM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Berbalik kepada subjek yang dibincangkan ini, saya rasa memang sesuatu yang baik untuk diberikan BR1M kepada golongan belia. Walaubagaimanapun, saya merasakan jalan yang terbaik dalam membantu golongan belia adalah memberikan sesuatu yang ada "continuity". Maksudnya, bantuan yang berterusan, di mana apa yang saya ingin cadangkan bukanlah sesuatu yang mana belia perlu diberikan elaun bulanan atau sebagainya. Tetapi apa yang saya ingin cadangkan adalah supaya diadakan pelbagai program/pekerjaan yang mana akan menjamin pendapatan golongan ini terutama mereka yang ingin bekerja sendiri untuk mahir menjalankan perniagaan yang mereka ceburi.

Dari segi penyediaan program, pengurusan, dan sebagainya perlulah di sertakan dengan kerjasama bersama belia yang terpilih dan organisasi yang terlibat. Ini akan memastikan, kejayaan dapat direalisasikan...Sebagai seorang belia, saya merasakan yang sokongan padu bukan sahaja perlu datang dari keluarga,masyarakat dan persekitaran, malahan penglibatan dan bantuan sokongan kerajaan "Kem. Belia" amatlah kami perlukan...Bukanlah kami "golongan belia" ingin terus menjadi golongan yang di "spoon feed", tetapi realitinya memang kami perlukan panduan, sokongan dan bantuan sebelum kami sendiri mengemudi kapal untuk tiba ke destinasi kejayaan dengan selamat dan jayanya...

Kesimpulannya, saya tidak merasakan yang BR1M ini tidak perlu bagi golongan belia tetapi sekiranya boleh digantikan dengan sesuatu yang boleh menyumbang kepada kesinambungan bantuan tersebut kenapa tidak kita lakukan... :) bak kata pepatah bahasa inggeris "Where is the will there's a way" dan kita melayu juga mengadaptasi dan percaya dengan kesinambungan dan maksud mendalam quote ini sehingga ianya turut diguna pakai oleh segenap lapisan masyarakat "Dimana ada kemahuan disitu ada jalan" ..

Sekian.. #mytencent
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: ramli ibrahim on July 17, 2014, 12:54:34 PM
pada pandangan saya BR1M tidak perlu dilaksanakan kerana:

1) Kebajikannya bukan menyeluruh.
2) Wang digunakan bukan untuk membeli keperluan hanya kehendak.
3) Berlaku ketidakadilan dalam syarat-syarat penerima.

Wang BRIM sepatutnya disalurkan kepada benda-benda asas yang digunakan oleh seluruh rakyat malaysia:

1) Petrol (kesan kepada harga barang)
2) Elektrik (subsidi elektrik)
3) Yuran sekolah (bebanan yuran pendidikan)
4) Perkhimatan Bas/keretapi/kapal terbang awam (dikemaskini)
5) Barang-barang asas seperti gula, tepung, susu kanak-kanak

Berbilion dibelanjakan hanya untuk BRIM. Persoalannya masih relevenkah untuk membantu rakyat?
Golongan pertengahan mula merasa tekanan kenaikan harga barangan sekarang.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: Fandi on July 17, 2014, 01:10:59 PM
Salam Muhibbah 1Malaysia, 

Antara cadangan BR1M untuk Belia:

1. Pemberian BR1M secara pengkreditan terus untuk pembayaran PTPTN, Yayasan Negeri dan sebagainya.
2. BR1M secara pengkreditan terus kepada tunggakan2 saman lapuk
2. BR1M secara pengkreditan terus dalam unit-unit Amanah
3. BR1M secara pengkreditan terus dalam KWSP
2. BR1M@Pinjaman mikro secara potongan gaji sebagai modal perniagaan, menyambung pelajaran. Yang gagal bayar, sekali lagi peluang; kalau tidak, tiada lagi kemudahan itu untuk individu tersebut. (Peluang ini harus diberikan kepada yang telah diisytihar bankrap dan yang benar-benar sanggup membuktikan kesungguhan mengubah hidup. Pinjaman juga boleh ditingkatkan sedikit demi sedikit hadnya dengan kadar caj minima seperti Pajak gadai Islam atau lebih rendah)
3. BR1M@baucer petrol harian.
4. BR1M@baucer makanan ruji/keperluan asas seperti beras,gula
5. Sokong BR1M@Raya
6. Sokong BR1M@ bawah RM3000

Dan saya juga sokong,jika tak bagi BR1M, Tetapi:

1. Peruntukan digunakan bagi menampung subsidi dalam barang2 terpilih/perkara kritikal seperti minyak kenderaan, beras, dan mana2 barangan lain yang bersesuaian (contohnya tepung, jadi taklah harga roti canai sampai RM1)
2. Sebagai ganjaran kepada penangkapan penyeludup2, sebab penguatkuasaan tu nampak macam tak bersungguh.. Mungkin boleh belanjakan untuk kursus khas nak meningkatkan kepandaian para penguatkuasa supaya lebih mahir menganalisis kemungkinan pesalah2 yang cuba melepasi kawalan mahupun tapisan di mana-mana pos kastam dan agensi-agensi berkaitan. Insyaallah duit/hasil yang banyak tak dapat kepada Negara tu boleh dapat balik... jerung kecik ke besar ke kena sapu la ye tak kira mana pun kalau dah salah...

Wassalam  :)
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: enormadia on July 17, 2014, 02:47:37 PM
salam

saya golongan pertengahan yang tidak mendapat bantuan BRIM,sedikit sebanyak saya berasa beban kerana ketika pemberian BRIM ada sesetangah peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

sampai bila perberian BRIM ini..
apa guna beri BRIM sedangkan kos sara hidup makin naik!!
brim diberi setahun sekali dengan jumlah 250.00  yang boleh dibelanja dalam masa satu hari sahaja.

renung-renungkan lah... yang sudah kaya tetap akan kaya..yang miskin..siapa pembela!!




Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: elias.omar on July 17, 2014, 05:45:35 PM
BR1M ini ada kebaikan dan ada juga keburukan.

Kebaikan BR1M, memang mengurangkan beban tetapi...

Keburukannya

1. Hanya dengan dapat membayar bil elektrik di mana struktur caj bil semakin meningkat, bil air, bil telefon (termasuk sewa telefon anggaran RM20) atau bil Unifi (RM150 sebulan; konon-kononnya mahu mengurangkan jurang digital di Malaysia), bil handfon (Umobile RM18 sebulan paling minima). Tetapi itu baru bujang. Bagaimana orang yang sudah berkahwin?

2. BR1M diumpamakan seperti isu 'Soup Kitchen'. Jika ada pihak tertentu mahu menangkap orang yang memberi dan menerima untuk meringankan beban, pihak yang mahu menangkap tersebut harus ditujukan kepada BR1M dahulu sebagai model sebelum dijadikan operasi tersebut terhadap orang-orang yang mahu membuat kebajikan dengan niat baik dalam masyarakat.

3. Kadar inflasi meningkat tidak diikuti dengan pembayaran kadar BR1M.

4. Anggaran rakyat Malaysia yang bekerja nisbah kepada orang asing adalah 800 Malaysia:1000 Orang Asing. Itu tidak termasuk professional orang asing yang gajinya RM10,000 sebulan tetapi rakyat Malaysia gajinya RM3,000 tetapi kelayakan yang sama. Jadi BR1M untuk orang bujang harus RM12,000 minima sehingga gajinya melebihi 5% daripada gaji orang asing professional yang berkelayakan sama atau yang dah berkahwin RM36,000 minima selama sehingga gajinya melebihi 5% daripada gaji orang asing professional yang berkelayakan sama.

5. Mereka yang tidak melapangkan minda dan hati akan menampakkan seperti kebajikan terjaga tetapi amat sangat jangka pendek (sebulan sahaja selamat, 11 bulan merana kembali). Pokoknya adalah bertujuan propaganda untuk mendapat undian sokongan akan datang dengan balasan 'hadiah istimewa'.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: noor muhamad yusuf on July 18, 2014, 02:53:11 AM
pemberian br1m dapat meringankan beban sedikit sebanyak golongan belia.
saya cuma ingin mencadangkan supaya br1m akan datang dalam bentuk pakej @ diskaun kepada belia .
contohnya :
yuran pengambilan lesen kenderaan terkini agak tinggi.jika dialih kepada diskaun akan mengalakkan golongan belia mempunyai lesen kenderaan bagi menjamin keselamatan dan juga kesedaran penguna jalan raya.bagi yang telah mempunyai lesen kenderaan diskaun tersebut boleh diberi dalam bentuk ganjaran rebet sperti rebet minyak petrol/diesel.

-belia aset negara-
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: NORHASLINDA BINTI ZAIMAH on July 18, 2014, 11:03:23 AM
Perlu ambil kira pendapatan perkapita isi rumah kerana terdapat isi rumah yang mempunyai berpendapatan yang melebihi syarat tetapi tanggunan yang ramai. :)
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: veronica rose on July 18, 2014, 03:28:24 PM
In my opinion the BR1M should be given to those who earn RM3k and below. because the amount of the salary shouldn't be a decisive. because many of our youth have huge responsibility toward their family and many of them have a high num of dependents in their family. so the gov should consider from all aspect. More over now the living cost being so high until we need to sacrifice some things in our life.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: Noorhaezah binti Jani on July 19, 2014, 05:35:43 AM
Salam 1 Malaysia,
Pendapat saya adalah wajar kiranya pemberian BR1M dikaji semula,tidak mengira berapakah limit pendapatan belia sebulan kerana impak yang diperolehi daripada pemberian ini memberi kesan yang amat besar pada kos sara hidup yang semakin meningkat terutama harga barang. Hal ini telah menyebabkan nilai yang diperolehi tidak setimpal,iaitu menikmati br1m sejumlah RM250 yang boleh dihabiskan sehari sahaja tetapi efeknye kita menanggung beban kos yg tinggi sebagai pengguna. Saya harap br1m ini dikaji semula sama ada wajar atau tidak untuk diteruskan. Alangkah lebih bagus kiranya kita membantu pada orang yang lebih memerlukan kerana kadang kala kita sebenarnya terlepas pandang pada orang yang hidupnya susah,ibu tunggal mahupun anak yatim. Alangkah bagus dengan sejumlah RM 250 itu boleh disedekahkan kepada yang memerlukan. Kepada ahli yg beri cadangan br1m dalam bentuk lain seperti kupon dan baucer juga lebih sesuai supaya wang yang kita laburkan ditujukan pada tempat yang betul. Terima kasih dari saya yang kurang pandai berhujah. Segala yang baik dari Allah swt dan yang buruk dari diri saya sendiri.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: azurajalal on July 19, 2014, 11:45:45 AM
Ahli/Members yang dihormati
Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera

Terima kasih kepada IYRES atas jemputan menyertai perbincangan mengenai BR1M.

Pada pendapat saya yang sangat kurang pengalaman ini, isu utama yang perlu diberi perhatian adalah memberi bantuan kepada yang layak. Kelayakan untuk menerima BR1m inilah yang menjadi masalah. Persoalannya, siapa yang betul2 layak untuk menerimanya?

Yang paling penting pengurusan untuk menilai kelayakan, dan seterusnya urusan pemberian
perlulah telus & efisyen. Dan tentunya, 'it is easier said than done'. Kita sangat memerlukan pakar statistik, penganalisa yang mahir dengan data yang terlalu banyak ('data scientist') atau mereka yang memiliki pengalaman menangani data yang banyak sekali gus). *Saya teringat kes anak OKU yang ditinggal ibunya dirumah dikritik oleh selebriti Wardina. Negara maju seperti Australia/New Zealand sangat prihatin terhadap rakyatnya dan rekod penduduk sangat terperinci & sentiasa dikemas kini. Oleh itu memang banyak bantuan dapat diberi kepada yang layak (rakyat tetap Australia/New Zealand) dan bukan orang luar/pendatang asing.

Oleh itu saya cadangkan beberapa perkara seperti di bawah:

1) Dapatkan data penduduk daripada aktiviti banci yang diadakan setiap 5 tahun, jadi analisis adalah mengikut tempat/daerah

2) Dapatkan mereka yang merasakan mereka layak dibantu memohon dengan mengisi borang, nyatakan antara lain, anggaran kasar pendapatan & perbelanjaan dengan bukti (slip gaji, bayaran pinjaman, nombor kenderaan yang dimiliki, bilangan anak yang sakit kronik/akut, OKU, ibu/bapa tunggal, dll)

3) Kerajaan perlu menyilang periksa atau 'cross check' maklumat banci dengan data dari pada pemohon dalam borang untuk menapis mereka yang betul-betul layak

4) Pembayaran adalah pada waktu2 tertentu sepanjang (awal tahun sebelum kalendar persekolahan, perayaan utama, akhir tahun, dsb)

5) Kadar yang dibayar perlulah bersesuaian dengan tanggungan dan beban perbelanjaan yang ditanggung. Mungking kadar minimum dan maksimum perlu diadakan

6) Kejaraan juga perlulah sentiasa memberi kesedaran dan berkempen menganjurkan rakyat celik berbelanja berhemah dan merancang perbelanjaan. Hiduplah dengan bersederhana supaya kebendaan tidak terlalu menjadi hal pokok dalam kehidupan. 'Living below our means', kata orang putih. Hidup bermakna adalah hidup dengan tenang tenteram tanpa terlalu mementingkan kebendaan semata-mata, walaupun mampu. Atas nama mampu semata-mata kita dibolehkan membazirkah? Kurang bijaklah si kaya yang berfikiran begini..

Saya berharap candangan saya dapat perhatian pihak IYRES and pihak berwajib dan saya sendiri sedia memberi kerjasama jika diperlukan untuk membantu melancarkan apa-apa tugas/analisis yang perlu mengikut saluran yang sepatutnya.

Sekian terima kasih atas perhatian. Maju Berhemah 1Malaysia!

Azura@Kuantan
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: SAMSUL FUAD BIN SITU on July 19, 2014, 02:32:23 PM
pada pandangan saya: Brim satu perkara yang bagus, namun ianya bukanlah suatu perkara yang 100% betul kerana pada pandangan saya berapa lama kerajaan boleh membantu golongan belia dengan kaedah ini?
1. sepatutnya kerajaan perlu melahirkan keusahawanan di kalangan belia tetapi bukannya dilakukan di hotel-hotel atau tempat-tempat yang mewah, agar tidak berlaku pembaziran kewangan yang sepatutnya boleh menjana ramai belia terlibat dalam keusahawanan ini.

2. Perlu ada penerangan program-program yang bermanfaat dan menjana income secara sambilan dan bukannya skim cepat kaya. sebagai contoh ;pada dewasa ini, dalam alam maya terdapat satu biz simkad yang memberikan pendapatan secara berterusan kepada pengguna. pihak kerajaan perlu menilai adalah program ini wajar diketengahkan untuk kegunaan dan keusahawanan para belia agar boleh mendatangkan pendapatan tambahan pada mereka. ini kerana, penggunaan handphone menjadi satu kewajipan di kalangan belia kini. secara tidak langsung ia memberikan pendapatan kepada belia yang mengikuti program ini.

3. pada saya, orang yang kaya melakukan bisnes yang menjadi keperluan semua orang. lihat apa yang telah dilakukan oleh Majlis Belia Felda Malaysia. mereka menjual beras. beras adalah makanan asasi rakyat kita. mungkin ada kaedah affiliate dengan pembelian beras ini. secara tidak langsung beras terjual dan mendatangkan income kepada penyebaran iklan yang dilakukan oleh para belia. cuba kita fikirkan bersama-sama.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: adzedze77 on July 20, 2014, 11:43:32 AM
 terima kasih pada IYRES yang menjemput utk menmyertai persidangan meja bulat berkenaan BRIM pada 19hb.
1) pada pandangan saya pemberian BRIM diberikan pada golongan rakyat yang disasarkan untuk meringankan beban kenaikan kos bahan api.jumlah bantuan dr kerajaan utk 1 keluarga juga akan meningkat secara berperingkat sehingga rm1200 yg diberi secara tunai.jika kerajaan menyalurkan bantuan BRIM melalui baucer utk pembelian bahan api juga dapat membantu rakyat yang layak menampung perbelanjaan harian kerana hasil BRIM adalah dr subsidi bahan api secara tidak langsung kerajaan dapat memperolehi hasil pulangan perbelanjaan dlm jangka masa cepat yg dapat digunakan utk pembangunan infrastruktur dan pemberian BRIM utk tahun berikutnya.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: aznizan abu hassan on July 20, 2014, 02:39:33 PM
Pendapat saya,pemberian BRIM ini sungguh tidak relevan dalam dunia yang penuh dengan rintangan dan cabaran ini. Kerajaan seolah-olah cuba memanjakan rakyat untuk tidak berdikari untuk mencari rezeki dan berusaha menaikkan nilai per ringgit pendapatan yang diperoleh. Jika benar kerajaan ingin mengurangkan beban rakyat,banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan,yang pasti bukannya BRIM. Jika kita lihat dengan mata kasar kita,berapa ramai yang benar-benar memanfaatkan BRIM ini untuk masa depan sebagai simpanan. Saya boleh pasti lebih daripada 50% menggunakannya untuk  tujuan yang bukannya keperluan tetapi kehendak. Ada yang menggunakannya untuk membaiki kereta,membeli perkakasan rumah,dan ada juga yang pergi ke restoran mewah untuk makan besar. Wallahualam,hanya Allah lebih mengetahui segala sesuatu. Saya hanya melontar pandangan dan tiada niat untuk menyakiti mana-mana pihak.


kawan aku buat beli radio kereta....hahahaha... rasenya macam kerjaan diperbodohkan..mereka bukan nak sokong pun,lepas dapat duit buat enjoy...bukan untuk menyelesaikan yang utama...
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: msnizammzahri on July 22, 2014, 12:55:11 PM
Salam semua..

Ini ada disertakan ringkasan resolusi sempena dengan Persidangan Meja Bulat Belia: Isu BR1M pada 19 Julai 2014 yang lepas di IYC

----------------------------

Kami, golongan belia yang menghadiri Persidangan Meja Bulat Belia: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada 19 Julai 2014 bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) mencadangkan beberapa usul sebagai resolusi terhadap persidangan ini seperti berikut:

1.   Kebaikan BR1M:-

a.   Golongan belia bersetuju bahawa syarat kelayakan penerimaan BR1M mengambil kira pendapatan kasar bagi golongan bujang dan isi rumah di kawasan bandar agar selaras dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

b.   Golongan belia menghargai usaha pihak Kerajaan membantu rakyat terutamanya golongan belia dalam meringankan kos sara hidup melalui pemberian BR1M.

c.   Golongan belia berpendapat bahawa pelaksanaan i-BR1M adalah satu inisiatif yang strategik bagi membantu isi rumah membuat persediaan terhadap kemungkinan bencana (kematian atau kemalangan).





2.   Kelemahan BR1M:-

a.   Golongan belia berpendapat agar pihak Kerajaan meneliti semula kaedah pemberian BR1M kepada golongan di kawasan luar bandar.

b.   Golongan belia berpandangan bahawa BR1M bukan merupakan inisiatif bagi jangkamasa yang panjang kepada golongan bujang dan isi rumah.

c.   Golongan belia berpandangan bahawa pemberian BR1M akan mendorong kebergantungan golongan belia terhadap pihak kerajaan (liabiliti kerajaan).


3.   Cadangan Penambahbaikan BR1M:-

a.   Golongan belia mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji semula impak dan rasional pemberian BR1M kepada rakyat  dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup individu dan isi rumah terutamanya golongan belia yang semakin meningkat.

b.   Golongan belia berpendirian agar BR1M ditukarkan dan sebaliknya peruntukan tersebut disalurkan dalam bentuk rasionalisasi subsidi berfokus/bersasar terhadap keperluan barangan asas seperti gula,  petrol dan sebagainya.

c.   Golongan belia mencadangkan agar pihak Kerajaan memberi lebih tumpuan utama terhadap pengurangan inflasi bagi memastikan Indeks Harga Pengguna dapat dikawal dan mengurangkan peningkatan kos sara hidup.

d.   Golongan belia berpendapat agar pihak Kerajaan memastikan pemberian BR1M lebih memberi fokus kepada golongan yang memerlukan iaitu golongan yang berpendapatan RM 4000.00 ke bawah bagi yang bujang dan  RM 5000.00 ke bawah bagi isirumah (sentiasa akan dikaji pada setiap tahun).

e.   Golongan belia mencadangkan agar pihak Kerajaan merangka inisiatif jangka masa panjang dalam usaha membantu rakyat khususnya golongan belia menangani kenaikan kos sara hidup.

f.   Golongan belia mencadangkan agar i-BR1M diteruskan dan nilai takaful/ insurans ditingkatkan.

---------------------------------------------

bagaimana? setuju? resolusi ni akan dibawa ke Peringkat Jemaah Menteri.. dan pandangan daripada anda di dalam forum ini juga akan turut disekalikan...




Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: zul on July 23, 2014, 12:25:27 PM
Bagi saya, pemberian BR1M tiada nampak keperluan yang konkrit  untuk golongan bujang, masih muda dan bertenaga untuk bekerja.  Pemberian BR1M pada golongan Muda perlu dihapuskan.

Sebab:

1. Pemberian BR1M ini akan melibatkan dana kerajaan yang banyak dan sia-sia. Kerajaan perlu fokus kepada menyediakan latihan pendidikan kepada golongan Belia dari menyalurkan dana yang tidak nampak keberkesanan nya.

2. Dana ini patut diberi kepada golongan tua, orang miskin atau Belia yang cacat anggota yang benar2 memerlukan.

3. Peluangan pekerjaan sangat banyak dan Belia masih mempunyai tenaga untuk bekerja. Pemberian BR1M akan menyebabkan Belia menjadi malas berusaha dan menyebab kan kerajaan berhutang untuk tujuan yang belum pastii membantu.

Terima Kasih.
Title: Per:BR1M Untuk Belia
Post by: rusyaimi jusoh on July 30, 2014, 03:11:18 PM
Pemberian BR1M kepada golongan belia sangat bagus dan kepada yang dapat perlulah menghargai sepenuh-penuhnya. Data menunjukkan separuh atau lebih daripada rakyat Malaysia ini adalah golongan belia-belia yang akan menentukan jatuh bangun kerajaan sekarang ini, jadi nak ingatkan kepada golongan remaja,belia,orang muda ini perlu memikirkan sejauhnya-jauhnya masa yang akan mendatang. Kerana golongan ini akan mengundi untuk 5@6 kali atau lebih PRU lagi. Jika hendak merasai BR1M atau rezeki2 lain lagi pada masa akan-akan datang, perlulah sokong atau hargai pemerintah/kerajaan kita sekarang ini. Kerajaan kukuh atau kedudukan lebih banyak di Parlimen, insyaalah sesuatu yang baik untuk kita semua dapat dirancang dengan mudah. Tidak seperti pihak-pihak tertentu (pro pembangkang),mereka ini banyak cakap tetapi hasil tidak nampak pun. Nak kongsi pendapat/pandangan ini bukan mudah dan kepada yang baca ruangan ini terutamanya golongan belia perlulah fikir-fikirkan semasak-masaknya semasa menentukan kerajaan pada masa akan datang (PRU). Akhir kata kepada yang tidak dapat itu belum ada rezeki dan insyaallah masa akan datang masih ada lagi.  :)
Title: Re: BR1M Untuk Belia
Post by: dogdong on March 04, 2016, 11:42:30 PM
salam

saya golongan pertengahan yang tidak mendapat bantuan BRIM,sedikit sebanyak saya berasa beban kerana ketika pemberian BRIM ada sesetangah peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

sampai bila perberian BRIM ini..
apa guna beri BRIM sedangkan kos sara hidup makin naik!!
brim diberi setahun sekali dengan jumlah 250.00  yang boleh dibelanja dalam masa satu hari sahaja.

renung-renungkan lah... yang sudah kaya tetap akan kaya..yang miskin..siapa pembela!!

Tham khảm thêm thông tin về quần áo trẻ em (http://thegioithoitrangbaby.com) <--- Tại đây!
Title: Re: BR1M Untuk Belia
Post by: dogdong on April 10, 2016, 10:37:20 PM
In my opinion the BR1M should be given to those who earn RM3k and below. because the amount of the salary shouldn't be a decisive. because many of our youth have huge responsibility toward their family and many of them have a high num of dependents in their family. so the gov should consider from all aspect. More over now the living cost being so high until we need to sacrifice some things in our life.

T́m hiểu thêm thông tin về lấy sỉ quần áo trẻ em (http://thegioithoitrangbaby.com/tin-tuc/giai-dap-lay-si-quan-ao-tre-em-o-dau-uy-tin-nhat.html) <--- Tại đây!
Title: Re: BR1M Untuk Belia
Post by: redcool on February 07, 2017, 03:25:17 PM
yang miskin..siapa pembela!!
slot online  (https://www.gclubtg.com/sloton/)