Recent Posts

Pages: 1 ... 5 6 [7]
61
Jika ditanya apakah relevan? Sudah pasti ianya relevan. Kerana perbezaan pendapatan rakyat Malaysia dengan kos sara hidup kita adalah sangat merunsingkan. Dan kini sudah terlihat usaha kerajaan dalam memulih prestasi ekonomi negara. Walau bagaimanapun, diharap kerajaan dapat secara konsisten mengurangkan beban rakyat dan dalam masa yang sama dapat memulihkan ekonomi negara. Rakyat tak terbeban, Negara Maju 2020.
Seperkara lagi, usaha memansuhkan pemberian subsidi pukal kepada pemberian lebih bersasar adalah sangat bijak. Akan tetapi, jangan ianya menjadi TERSASAR. Saya adalah salah seorang yang layak menerima BRiM tetapi menjadi tersasar dan tidak dapat menikmatinya kerana masalah teknikal.
62
Pendapat saya,pemberian BRIM ini sungguh tidak relevan dalam dunia yang penuh dengan rintangan dan cabaran ini. Kerajaan seolah-olah cuba memanjakan rakyat untuk tidak berdikari untuk mencari rezeki dan berusaha menaikkan nilai per ringgit pendapatan yang diperoleh. Jika benar kerajaan ingin mengurangkan beban rakyat,banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan,yang pasti bukannya BRIM. Jika kita lihat dengan mata kasar kita,berapa ramai yang benar-benar memanfaatkan BRIM ini untuk masa depan sebagai simpanan. Saya boleh pasti lebih daripada 50% menggunakannya untuk  tujuan yang bukannya keperluan tetapi kehendak. Ada yang menggunakannya untuk membaiki kereta,membeli perkakasan rumah,dan ada juga yang pergi ke restoran mewah untuk makan besar. Wallahualam,hanya Allah lebih mengetahui segala sesuatu. Saya hanya melontar pandangan dan tiada niat untuk menyakiti mana-mana pihak.
63
Jika mengikut kadar taraf hidup yang meningkat dan keadaan negara yang sedang membangun,ianya tidak lagi relevan lagi jika hanya Belia yang berpendapatan RM2000 ke bawah layak mendapat BR1M. Apatah lagi jika Belia tersebut mempunyai banyak tanggungan dan tinggal khususnya di K.L.Dengan pendapatan RM2000 lebih. Sepatutnya dinaikkan lagi antara 2.5k atau lebih untuk Belia layak mendapat BR1M.Diharap ianya dapat meringan beban mereka dengan keadaan ekonomi sekarang...
64
memang betul jugak kalau kita katakan BR1M ni patut diberi kepada golongan berpendapatan RM2.5k kebawah disebabkan golongan itu boleh dikatakan miskin bandar.. tetapi selain pemberian BR1M, kerajaan perlu jugak memikirkan inisiatif lain bagi membantu meningkatkan pendapat jurang miskin bandar antara golongan belia..

Bak kata pepatah

"jangan bagi ikan, tetapi bagi joran"

65
Bantuan BR1M ini wajar, namun perlu juga ambil kira harga dan perkhidmatan barang semasa. Perlu ditingkatkan daripada semasa ke semasa. Syarat untuk individu perlulah dinaikkan kepada RM2500 ke bawah memandangkan kos sara hidup di bandar-bandar besar lebih tinggi  :( . Dan pada pandangan saya tahun hadapan 2015 perlu dinaikkan sekurang-kurangnya bantuan BR1M RM350/individu yang layak.

P/S: Pandangan ini tidak mengambil kira prestasi kewangan negara jika dikatakan pemberian ini akan meningkatkan lagi perbelanjaan negara dan lain-lain faktor kewangan yang terlibat.
66
Saya rasa wajar tp seharusnya dalam 2500 ke bawah kerana kos sara hidup semakin meningkat terutama yang duduk di kawasan bandar berbanding pedalaman...
67
Sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos sara hidup. tetapi rakan-rakan yang lain bagaimana pandangan anda?
68
Relevankah BR1M untuk belia yang berpendapatan RM2000 ke bawah? 8)
69
YB Khairy Jamaluddin, Menteri KBS yang baru, apakah pandangan anda? / Simbol Belia
« Last post by junkgoat on August 14, 2013, 10:16:02 AM »
Salam,
YB KJ dianggap ikon bagi sesetengah belia dan musuh bagi sesetengah mereka, akan tetapi perlantikan belia sebagai menteri kbs merupakan satu batu loncatan era, suara belia lebih didengari,
cuma terdapat byk suara angin yang menindas beberapa tindakan beliau yang dianggap 'tidak pikir panjang'
mungkin gaya dan aggresif belia itu mahu di tonjolkan kan,

Beliau tetap simbol belia era kini, dan di harapkan mereka di sekeliling nya mula mengambil suara muda sebagai buah fikiran baru, supaya mencambah idea dan bukan di takuk lama lagi,

IDEA KBS kebanyakannya mengikut citarasa 'orang lama' dan jarang di adun rapi bersama 'idea anak muda', itu yang sering di perkatakan.

Maju terus maju,
salam
Pages: 1 ... 5 6 [7]