Perkongsian Maklumat Jurnal IYRES & PERTANIKA, Universiti Putra Malaysia (Upm)

20170418 upm

SERDANG, 18 APRIL 2017 – Penerbitan merupakan antara komponen terpenting dalam penyebarluasan dan kesedaran masyarakat terutamanya berkaitan pembangunan belia. Bagi memperkasakan Unit Penerbitannya, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan satu sesi kunjung hormat ke Pertanika, UPM yang merupakan jurnal rasmi UPM sebagai satu langkah mempertingkatkan mutu penerbitan jurnal IYRES iaitu Malaysian Journal of Youth Studies (MJYS).
Sesi kunjung hormat ini telah dihadiri oleh Ketua Editor Eksekutif PERTANIKA, Dr. Nayan Kanwal yang telah berkongsi pengalaman mengendalikan PERTANIKA serta tips untuk diindeks oleh portal berimpak tinggi seperti SCOPUS dan ISI. Hasil perkongsian bersama pihak PERTANIKA, IYRES dapat memahami dengan lebih mendalam pengurusan jurnal peringkat antarabangsa yang boleh diimplementasi seperti pengendalian bahan atas talian secara optimum untuk pengurusan MJYS secara efisyen dan berkesan.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my