Bengkel Pemantapan Kualiti Penyelidikan Perkemas Strategi IYRES

2909

PUTRAJAYA, 29 SEPTEMBER 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Kualiti Penyelidikan pada 28-29 September 2017 di Hotel Palm Garden, Putrajaya.
Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan cadangan dan pandangan bagi memantapkan lagi kualiti penyelidikan IYRES seperti pembangunan gaya penulisan penyelidikan, memperkukuhkan prosedur pengurusan risiko serta perancangan penyelidikan IYRES. Sesi bengkel tersebut dimulakan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Think Tank IYRES Bil. 2/2017. IYRES turut berbesar hati menerima kehadiran YBhg. Prof. Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim, Felo Pemikir IYRES yang sudi berkongsi pengalaman dan pandangan beliau mengenai hala tuju IYRES kepada semua ahli bengkel. 

Bengkel selama dua hari ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai IYRES dan Ahli-ahli Think Tank IYRES.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my