jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

Nasional

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2019 – Promosi Seminar Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 2019 (YOURS’19) terus diperluaskan lagi apabila Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) berpeluang untuk ke udara bersama penyampai radio Nasional FM, Ashila Ashura menerusi segmen “Nak Tanya Apa?”, jam 6.15 petang. IYRES yang diwakili oleh Puan Syariffah Mamat, Eksekutif Penyelidikan Kanan IYRES berpeluang berkongsi informasi serta maklumat berkaitan penganjuran YOURS’19. YOURS’19 bertemakan Kesejahteraan Belia Harapan Masa Depan bakal diadakan pada 7 & 8 Oktober 2019 dengan mengetengahkan 4 sub-tema iaitu Sosialisasi Politik Anak Muda Penentu Masa Hadapan, Pendayaupayaan Belia Dalam Ekonomi, Pembentukan Karakter Belia Dalam Arus Modenisasi dan Media dan Masa Hadapan Belia.

IYRES turut meletakkan harapan agar penganjuran YOURS’19 ini dapat disertai lebih ramai dalam kalangan pemegang taruh khususnya mereka yang terlibat dalam pembangunan kesejahteraan belia di Malaysia.

 

Disediakan oleh:
[Muhammad Hadi Muhammad Nafis][hadi[at]iyres.gov.my]

Disunting oleh:
[Zuarini Jumai][zuarini[at[iyres.gov.my]