jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

yours

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2019 – Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan (YOURS’19) telah berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) pada 7 dan 8 Oktober 2019 bertemakan Kesejahteraan Belia Harapan Masa Depan. Majlis Perasmian dan penyampaian Ucaptama telah disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan manakala, Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

YOURS’19 membawa empat subtema iaitu Sosialisasi Politik Anak Muda Penentu Masa Depan Negara, Pendayaupayaan Belia dalam Ekonomi, Pembentukan Karakter Belia dalam Arus Modenisasi serta Media dan Masa Hadapan Belia. Sejumlah 31 artikel penyelidikan telah dibentangkan oleh para pembentang yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik dari agensi kerajaan dan pelajar siswazah. YOURS’19 telah disertai oleh seramai 188 orang peserta yang terdiri daripada wakil kementerian/agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar universiti awam dan swasta.

YOURS’19 merupakan platform kepada ahli akademik, penyelidik dari agensi kerajaan dan pelajar siswazah daripada pelbagai bidang untuk membentang; menyebarluaskan hasil kajian; mewujudkan ruang perkongsian idea dan menjadi medan perbincangan intelektual berkenaan isu pembangunan belia serta memantapkan jalinan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Input penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berkepentingan untuk merangka program-program berkaitan pembangunan belia.

Disediakan oleh
Muhammad Azamuddin Hashim
[Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.]

Disemak oleh:
Mastura Mohamed
[Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.]