jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

rtd 19111

Kuala Lumpur, 19 November 2019 - Persidangan Meja Bulat atau Roundtable Disccusion (RTD) Siri 3/2019 anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan tajuk Pemerkasaan Wanita Dalam Sukan di Malaysia telah diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras Kuala Lumpur.

Seramai 235 peserta daripada wakil Kementerian/Jabatan/Agensi, Institut Pengajian Tinggi, Pelajar, Persatuan, Kelab Belia, Ahli Parlimen Belia Malaysia, Felo Perdana, Bekas Atlet dan Individu telah menyertai persidangan tersebut. Hasil daripada persidangan itu, sebanyak 16 resolusi telah dihasilkan. Persidangan ini antara platform penyediaan input kepada kerajaan bagi merangka, menentukan dan menyeimbangkan polisi, program dan aktiviti yang berkaitan bagi memperkasakan wanita dalam sukan di Malaysia. Persidangan ini turut disertai bekas atlet Squash negara, Datuk Nicole Ann David.

Disediakan oleh
Muhammad Hadi Muhammad Nafis
[Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.]

Disemak oleh:
Mastura Mohamed
{Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.]