jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

2511

KUCHING, 25 November 2019 - Pembentangan Laporan Akhir Mengenai Tahap Kualiti Dan Kesejahteraan Hidup Belia Sarawak melalui Kajian Indeks Belia Sarawak telah dilaksanakan di Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Indeks Belia Sarawak Bil 2/2019. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nancy Jolhi, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sarawak di Bilik Mesyuarat 1, Tingkat 19, Wisma Bapa Malaysia, Sarawak. Sesi Pembentangan ini telah disampaikan oleh Pn Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES.

Mesyuarat ini turut meneliti, memperakui serta memperhalusi cadangan serta pandangan ahli mesyuarat berhubung laporan akhir bagi memenuhi keperluan kajian sepertimana yang termaktub dalam perjanjian penyelidikan. Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli tetap Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada Unit Perancangan Negeri Sarawak, Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Penyelidikan ini dibangunkan oleh IYRES melalui geran yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Turut hadir pakar rujuk Indeks Belia Sarawak iaitu YBrs. Prof Madya Dr Haslinda Abdullah dan YBrs Dr Dzulzalani Eden.

Disediakan oleh
Mohd Rizal Mohd Sham
[Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.]

Disemak oleh:
Mastura Mohamed
{Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.]