jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

20200714 pemimpin muda

CYBERJAYA, 14 Julai 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kajian Kompetensi Pemimpin Muda Bil. 1/2020 telah selesai dilaksanakan bertempat di Shaftsbury Stellar, Cyberjaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, KPE IYRES dan melibatkan wakil Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), kumpulan pakar rujuk, ex officio serta penyelidik IYRES. Mesyuarat ini dimulai dengan sesi pembentangan berkaitan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) oleh YBrs. Dr. Hj. Hanafi Harun, Pengarah Kluster Kepimpinan, i-LEAD. Ini disusuli sesi pemurnian protokol Focus Group Discussion (FGD) bagi kumpulan sasaran belia dan pelaksana. Mesyuarat diakhiri dengan sesi pembentangan daripada setiap kumpulan bagi tujuan pengesahan protokol FGD yang telah dibangunkan.

Disediakan oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Dr. Jamali Samsuddin
Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan