jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

20201130 DOSM

PUTRAJAYA, 27 November 2020 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Kursus Persampelan Penyelidikan dengan kerjasama DOSM khusus untuk kakitangan di Bahagian Perancangan Penyelidikan IYRES. Seramai 25 orang pegawai dan kakitangan telah terlibat bagi menjayakan kursus tersebut. 

Kursus ini telah disenaraikan sebagai salah satu kursus di bawah Pelan Operasi Latihan IYRES bagi tahun 2020 yang bertujuaan untuk meningkatkan kemahiran penetapan persampelan dalam penyelidikan.

Kursus selama 2 hari ini dilaksanakan secara atas talian selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh Kerajaan dalam membendung penularan COVID19. Puan Noor Masayu Mhd Khalili, Ketua Penolong Pengarah dan Encik Yusmizan Hat, Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Metodologi dan Penyelidikan, DOSM telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan kaedah persampelan yang dilaksanakan oleh DOSM. Kursus ini telah membantu pihak IYRES dalam memperbaiki dan meningkatkan kualiti penyelidikan di IYRES.

 

 

 

Disediakan oleh :
Pn. Raja Shahida bt. Raja Hassan
Penolong Eksekutif Kanan (Pentadbiran)

Disemak oleh :
Pn. Norati’qah bte. Talib
Eksekutif Kanan Pentadbiran