Bengkel Technical Working Group (TWG) #MyIndexBelia 2017 Aplikasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

TWG

BANGI, 24 MEI 2017 - Bengkel Technical Working Group (TWG) #MyIndexBelia 2017 anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada 23 dan 24 Mei 2017 telah diadakan di Hotel RHR, UNITEN, Bangi, dan dirasmikan oleh YBrs. Pn. Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS. Dalam ucapan beliau, penyelarasan kualiti dan kesejahteraan hidup terhadap perspektif masa hadapan harus dititikberatkan agar selari dengan Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang bakal dipelopori golongan belia hari ini.

Technical working group merupakan pendekatan pengumpulan pakar-pakar dalam pelbagai bidang yang menggembleng usaha bersama bagi mencapai matlamat yang sama. Bengkel TWG #MyIndexBelia 2017 menggunakan pendekatan ini bagi memantau pencapaian Indeks Belia Malaysia (IBM) yang melibatkan kementerian dan agensi yang berkaitan dengan aspek pembangunan belia Malaysia secara bersepadu atau 'integrated approach'. IBM yang dibangunkan setiap empat tahun penting dalam memberi gambaran kepada kualiti dan kesejahteraan hidup semasa golongan belia Malaysia.                       

Bengkel TWG #MyIndexBelia 2017 yang dihadiri seramai 60 orang peserta merupakan bengkel kali kedua yang dianjurkan, dengan bengkel pertama diadakan pada Mac 2016. Bengkel ini bermatlamat untuk IBM 2020 mencapai skor 75 iaitu tahap memuaskan. TWG ini turut berperanan dalam membentuk Pelan Tindakan Pembangunan Belia yang penting dalam memandu prospek perkembangan positif belia.

Rumusan bengkel disempurnakan oleh Pn. Nadeema Kamaruddin, wakil daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri serta En. Ahmad Huzairi Rawee, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Cawangan Dasar, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik KBS juga Ketua Fasilitator menutup tirai Bengkel Technical Working Group (TWG) #MyIndexBelia 2017 pada 24 Mei 2017.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my Disunting oleh:
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my