Sekampit Beras Penyeri Ramadhan

4 Jun

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2017 – Keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini mendorong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk berbakti kepada komuniti di Perumahan Awan Desa Rejang, Setapak. Kempen Seorang Sekampit Beras 2017 (KSSB 2017) merupakan inisiatif yang mengabungkan agensi kerajaan dan badan NGO untuk menyerikan Ramadhan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Melalui kempen ni, setiap keluarga akan disumbangkan sekampit beras dan wan tunai hasil sumbangan Team KBS dan orang awam yang prihatin. Sumbangan ini diharapkan dapat mengurangkan beban ekonomi yang dihadapi mereka untuk menjalani ibadah puasa dan persiapan menjelangan lebaran.
Program KSSB 2017 mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan. Program ini akan diteruskan sehingga 18 Jun 2017 dan mengalu-alukan sumbangan daripada semua untuk disampaikan kepada mereka yang tidak berkemampuan di kawasan lain sekitar Kuala Lumpur.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my