Lembaran Baru IYRES Dan SKMM

20170724 skmm

 

 

CYBERJAYA, 24 JULAI 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) terus giat dalam memperkenalkan dan mempromosikan fungsi IYRES dengan mengadakan sesi kunjungan hormat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini.

Sesi kunjungan hormat ini fokus kepada kolaborasi data serta maklumat yang boleh dimasukkan ke dalam Sistem Ydata@IYRES bagi meningkatkan lagi keupayaan sistem tersebut sebagai hab rujukan data belia di peringkat nasional. Selain itu, cadangan kerjasama berteraskan program turut dibincangkan semasa pertemuan ini dengan memberi tumpuan kepada aspek pembangunan belia.

Pihak IYRES dan SKMM amat positif terhadap hasil perbincangan tersebut dan berharap ruang kerjasama seumpama ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua-dua agensi.

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail

sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Zuarini Jumai

zuarini[at[iyres.gov.my