TOT Enumerator IYRES Untuk Kajian Impak Sukan Sea Ke-29

20170816 taklimat

 

PUTRAJAYA, 16 OGOS 2017 – Sempena penganjuran Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur pada tahun ini, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) memainkan peranannya sebagai sebuah institut penyelidikan perdana dalam menyumbangkan tenaga dalam temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu. Dalam melancarkan pelaksanaan Kajian Impak Sukan SEA ke-29, satu taklimat kepada 150 orang enumerator telah dijalankan di Dewan Serbaguna, Podium, Menara KBS bagi menerangkan skop tugas mereka sewaktu di lapangan.

Dr. Zainah Shariff selaku Ketua Pegawai Eksekutif IYRES memulakan sesi tersebut dengan mengalukan sumbangan masa dan tenaga para enumerator serta menitipkan kata-kata semangat buat mereka yang hadir. Sesi diteruskan dengan taklimat borang kaji selidik kajian oleh Pn. Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES dalam memastikan para enumerator memahami peranan mereka dalam mendapatkan data-data daripada responden untuk kajian ini.

IYRES berharap agar kerja lapangan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya oleh enumerator yang terlibat dalam membantu IYRES menghasilkan kajian yang terbaik selari dengan hasratnya bagi mempertingkatkan pembangunan negara secara holistik.

Disediakan oleh: sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
Disunting oleh: zuarini[at]iyres.gov.my