Siri Taklimat Training Of Trainer (TOT) Enumerator Kajian Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2017 (IBM’17) Bermula

TOT 2017

PUTRAJAYA, 16 OGOS 2017 – Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan siri taklimat Training of Trainer (TOT) Indeks Belia Malaysia 2017 (IBM’17) pada 14 hingga 16 Ogos 2017 di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Taklimat ini bertujuan untuk mempersiapkan enumerator-enumerator mengenai kaedah pelaksanaan kajian bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik. Seramai 78 orang enumerator yang dilantik telah menghadiri sesi tersebut. PUTRAJAYA, 16 OGOS 2017 – Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan siri taklimat Training of Trainer (TOT) Indeks Belia Malaysia 2017 (IBM’17) pada 14 hingga 16 Ogos 2017 di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Taklimat ini bertujuan untuk mempersiapkan enumerator-enumerator mengenai kaedah pelaksanaan kajian bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik. Seramai 78 orang enumerator yang dilantik telah menghadiri sesi tersebut. Sesi taklimat di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah disampaikan oleh En. Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik I, IYRES manakala taklimat di Wilayah Persekutuan Putrajaya disampaikan oleh Pn. Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan I, IYRES.

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismailsitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Zuarini Jumaizuarini[at]iyres.gov.my