Mesyuarat Penyelarasan Perkukuh Sistem YDATA@IYRES

20170907 ydata

PUTRAJAYA, 7 SEPTEMBER 2017 – Sistem Ydata@IYRES merupakan satu inisiatif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dalam menjadi satu pusat sehenti (one-stop-centre) pengumpulan data dan statistik berkaitan belia. Bagi memastikan sistem tersebut dapat memberi manfaat secara berterusan kepada masyarakat, Mesyuarat Penyelarasan Sistem Ydata@IYRES Bil. 2/2017 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS bersama focal point daripada pelbagai kementerian dan agensi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Haslina Abd. Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan telah dihadiri oleh 36 pegawai daripada 24 kementerian dan agensi adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat data-data statistik terkini untuk dimuat naik ke dalam Sistem Ydata@IYRES.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bank Negara Malaysia, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Institut Maklumat dan Analisis Pasaran, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Jabatan Perangkaan Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Info lanjut mengenai Sistem Ydata@IYRES secara atas talian boleh dilayari di pautan https://ydata.iyres.gov.my/iyresbankdata/web/index.php?r=pub/home

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail

sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Zuarini Jumai

zuarini[at]iyres.gov.my