Siri Taklimat Training Of Trainers (TOT) Kajian Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2017 (IBM’17)

TOT IBM 2017

 

PUTRAJAYA, 12 SEPTEMBER 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Siri Taklimat Training Of Trainers (TOT) Kajian Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2017 (IBM’17) kepada seramai 320 orang enumerator bermula pada 14 Ogos 2017 dan berakhir pada 12 September 2017. Sesi taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai peranan sebagai enumerator dan kaedah pengumpulan data kajian bagi memastikan proses tersebut dapat dilaksanakan dengan baik dan menyeluruh.
Kajian Penilaian Outcome IBM’17 ini adalah untuk menilai semula skor kualiti dan Indeks Kesejahteraan Belia Malaysia melalui pelbagai aspek, yang mana IBM ini telah dijadikan sebagai Key Performance Indicator (KPI) kementerian serta rujukan utama para pemegang taruh berkaitan belia untuk merancang dan melaksana program-program yang bersesuaian ke arah memastikan kualiti hidup belia Malaysia terus meningkat.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at[iyres.gov.my