Kunjungan Hormat Delegasi Washington D.C. Ke Institut Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

20170918 delegasi

PUTRAJAYA, 18 SEPTEMBER 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi dari Washington, D.C. yang berminat untuk mendapatkan info lanjut hasil kajian IYRES berkaitan isu radikalisme dan ekstremisme dalam kalangan belia Malaysia. Delegasi yang diketuai oleh Pn. Barbara Paoletti dari Biro Counter Terrorism Washington D.C. semasa pertemuan dengan pihak IYRES menyatakan bahawa isu radikalisme dan ekstremisme begitu membimbangkan semua pihak kerana ideologi ini begitu mudah mempengaruhi orang ramai yang mana ia turut mampu menarik golongan belia menyertai kumpulan-kumpulan militan seperti Daesh dan ISIS. Delegasi ini turut memuji usaha IYRES yang telah menghasilkan Garis Panduan Pencegahan Fahaman Ekstremisme dan Radikalisme Dalam Kalangan Belia dan Masyarakat yang mana ia boleh dijadikan sebagai rujukan oleh semua pihak bagi meningkatkan kesedaran mengenai impak radikalisme dan ekstremisme terhadap masyarakat. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Zainah Binti Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES yang turut dihadiri oleh beberapa wakil daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik serta Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan.
.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidaya[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my