Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan Data Belia Nasional Peringkat KBS Bil.2/2017 Perkasa Hub Data

20170919 ydata

 

PUTRAJAYA, 19 SEPTEMBER 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sentiasa berusaha memantapkan peranannya sebagai pusat rujukan data belia nasional. Seiring dengan itu, satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan Data Belia Nasional Peringkat KBS Bil.2/2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 10, Menara KBS. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil daripada bahagian-bahagian di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Belia dan Sukan Negara serta agensi-agensi di bawah KBS yang terlibat dengan pembangunan belia secara langsung bagi memastikan data diselaraskan dengan lebih efisien. IYRES amat mengharapkan sinergi kerjasama dalam KBS dapat diteruskan agar data-data yang ada sentiasa dikemaskini dalam membantu pemegang taruh pembangunan belia merancang program-program berkaitan belia.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my