jata kbs Agency under the Ministry of Youth & Sports
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

20191212 dataraya

Putrajaya, 12 Disember 2019 - Bertempat di Bilik Gerakan Aras 15, Menara KBS telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kerja Data Raya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil. 1/2019 dan dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS.

Mesyuarat ini bertujuan membentangkan hasil dapatan Projek Rintis Data Raya KBS yang telah mula dibangunkan pada Jun 2019 oleh pihak IYRES bersama-sama pakar rujuk yang telah dilantik daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Projek ini dibangunkan selari dengan perkembangan teknologi Data Raya dan hasrat Kerajaan bagi memacu perkhidmatan ICT. Hasil analitik data yang berbentuk deskriptif, diagnostik, prediktif dan preskriptif ini dapat membantu KBS khususnya dalam membuat perancangan pelaksanaan program yang tepat untuk kumpulan sasaran yang bersesuaian dengan lebih pantas, dan proaktif.

Turut hadir bersama ke mesyuarat ini adalah YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang bertindak sebagai Ketua Projek Data Raya KBS serta En. Fauzi Elham @ Alhim, Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat KBS sebagai Ketua Jawatankuasa Teknikal Data Raya KBS. Selain itu, mesyuarat ini juga dihadiri oleh kumpulan Subject Matter Expert (SME) yang terdiri daripada Bahagian, Jabatan dan Agensi KBS yang bekerjasama dalam membekalkan data kepada pihak IYRES.

Disediakan oleh:
Muhammad Hadi Muhammad Nafis
hadi[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Mastura Mohamad
mastura[at]iyres.gov.my