jata kbs Agency under the Ministry of Youth & Sports
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

20200510 covid 01

 

PUTRAJAYA, 8 Mei - Siri Dialog Kedua ‘Future Proof’ diadakan bagi membincangkan strategi untuk membantu belia pasca penularan wabak COVID-19 dengan mendapatkan pandangan pakar dari pelbagai bidang. Penekanan sesi kali ini adalah tertumpu kepada soal ‘Situational Analysis, Strategies and Recovery Plan Post Covid’ dari perspektif Belia dan usahawan muda.

Perbincangan ini dikendalikan oleh Dr Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bersama Pegawai Pejabat YB Menteri Belia dan Sukan selain pakar-pakar Belia dalam pelbagai bidang keusahawanan seperti Pn. Najah Raihan Sakrani, Pensyarah UiTM Melaka; Prof. Madya Dr. Adzrool Izwan Ismail, Pensyarah Kanan UUM; Dr. Firdausi Suffian, Timbalan Rektor UiTM Sabah; Dr. Zokhri Idris, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar MSU; Md. Fadzmel Fadzil, Perunding Media/Aktivis Belia; Nabil Rasyad Abdul Jalil, Pengasas dan CEO BlackGrid SEO; Iqbal Rafi, Perunding Pengurusan di Bâton Global; dan Ahmad Zahid Abd. Razak, Business Development Executive di Kacamuda Resources.

Selain melihat dari segi inisiatif yang dapat membantu belia khusus berkenaan peluang pekerjaan dan penciptaan pekerjaan, perbincangan juga menyentuh usaha kerajaan dalam mewujudkan sebuah platform dan ekosistem untuk belia demi meningkatkan kemahiran asas mereka. Perbincangan turut menyentuh peralihan tenaga kerja dalam arus digitalisasi.

Siri Dialog ini akan diteruskan dengan turut menjemput kumpulan pemikir dari kalangan belia serta pakar dari pelbagai bidang termasuklah seni kreatif, sukan, keusahawanan, pendidikan, pertanian, aktivis sosial dan sebagainya dengan bersemuka atau sidang video secara berterusan.

Berminat untuk menyumbang ke arah pembangunan belia yang lebih menyeluruh? Boleh kemukakan cadangan anda kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Sumber : Facebook IYRES KBS.
Pautan : Facebook