Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Belia dan Sukan

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S48

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Pegawai Belia dan Sukan Gred S48 (Tetap/ Contract Of Service/ Pinjaman).

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan dan Gred : Pegawai Belia dan Sukan Gred S48 (Contract Of Service/ Pinjaman)

Penempatan : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Taraf Jawatan : Contract Of Service/ Pinjaman

Jadual Gaji : Gaji Permulaan Gred S48: RM5,117.00

Bilangan Kekosongan : Satu (1)

Keutamaan/ Kelebihan : Mempunyai latar belakang dalam bidang pembangunan belia dan penyelidikan sains sosial

DESKRIPSI TUGAS

  1. Bertanggungjawab merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk kajian, pengumpulan data dan penganalisaan maklumat serta penilaiannya ke atas dasar dan program pembangunan belia.
  2. Menyelia dan membimbing pelaksanaan pengurusan operasi khidmat pengurusan mengikut Pekeliling Kerajaan.
  3. Menyelia aspek perlaksanaan aktiviti/ program sokongan penyelidikan dalam pembangunan belia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi yang berkaitan.
  4. Memastikan hubungan kerjasama di antara IYRES dan kementerian/ agensi/ institusi dan lain-lain berkaitan pembangunan belia supaya mencapai objektif strategik dan impak penyelidikan IYRES.
  5. Memastikan proses semakan dan memastikan pengesahan semakan ke atas dokumen-dokumen berkaitan operasi khidmat pengurusan.
  6. Bertanggungjawab menghasilkan kerangka konsep program di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk keperluan IYRES.
  7. Menyelia dan memastikan sebaran maklumat dan info berkaitan IYRES sampai ke peringkat pemegang taruh pembangunan belia.
  8. Menjalin kerjasama dan perhubungan serta mewujudkan “Partners Networks” dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun serta organisasi di sektor swasta, sama ada di dalam mahupun di luar negara.
  9. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Pengurusan IYRES dan bertanggungjawab menghadiri mesyuarat pengurusan secara berkala.
  10. Menerima dan menjalankan arahan dari semasa ke semasa.

 

CARA MEMOHON

(a) Calon-calon yang berminat memohon jawatan bolehlah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Resume;
  2. Salinan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah;
  3. Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan
  4. Borang permohonan perjawatan (klik di sini untuk muat turun).

 

(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

 

(c) Dalam membenteras penularan gelaja dan wabak penyakit COVID19, IYRES menyarankan agar salinan dokumen dan sijil yang berkaitan di emel melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Semua salinan sijil perlu diimbas dan diserahkan dalam bentuk PDF. Sebarang bentuk salinan dokumen hardcopy tidak diterima.

 

(d) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:

  1. Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan; dan
  2. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

 

(f) Tarikh Iklan : 8 hingga 30 Jun 2021

 

(g) Tarikh Tutup Permohonan : 30 Jun 2021

 

(h) Catatan Am :

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  3. Tempoh sahlaku permohonan adalah selama tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan.