Malaysian Journal Of Youth Studies, Volume 8: 2013

DISAGREEMENT: DISCREPANCY OF COPING MECHANISMS BETWEEN SINGLE AND MARRIED MALAYSIAN YOUTHS

KUANG CHING HEI, NGEOW YEOK MENG & WONG NGAN LING

ABSTRAK

Perselisihan dalam mencapai persetujuan adalah sesuatu yang lumrah dalam hidup. Apabila manusia berinteraksi dan menjalin hubungan, semestinya mereka mempunyai persetujuan dan perselisihan sesama sendiri. Biarpun perselisihan sering dipandang negatif, perselisihan yang bermakna boleh menyumbang kepada perbincangan yang membawa manafaat serta kesan-kesan positif.

Berpandu kepada mekanisme yang digunakan setelah perselisihan faham, kajian ini menyelidik 722 orang belia Malaysia yang berumur di antara 19 - 25 tahun yang bujang dan berkahwin. Pelbagai strategi dikemukakan dalam penyelidikan soalselidik yang diedarkan kepada responden dan SPSS versi 18.0 di gunapakai sebagai alat analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 90% responden kerap mengalami perselisihan pendapat dengan ibu bapa, adik beradik, teman, majikan, kawan dan juga orang yang tidak dikenali.

Dapatan kajian juga mengesahkan bahawa responden yang berkahwin cenderung melakukan refleksi kendiri, berinteraksi dan berkongsi dengan pihak ketiga; manakala responden yang masih bujang cenderung memaparkan perasaan secara terbuka dan tersurat melalui aktiviti yang dijalankan. Kesedaran mengenai perbezaan strategi menangani perselisihan dalam kalangan belia berkahwin dan bujang diharap dapat  meningkatkan pemahaman terhadap pihak lain daripada diri kita. Pengetahuan sedemikian adalah berharga apabila menangani perselisihan agar dapat mengawal diri serta mengelakkan konflik, pertelingkahan dan kelakuan agresif.

Kata Kunci: Mekanisme Menangani Perselisihan, Malaysia, Status Kahwin, Belia

    

 
[ kembali ]