kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kerja Sosial Puteri UMNO Satu Tinjauan

Perbincangan kertas kerja ini tertumpu kepada budaya kesukarelawanan Pergerakan Puteri UMNO amnya dan Bahagian Sepanggar, Sabah khasnya. Ahli Pergerakan ini pada keseluruhannya adalah terangkum dalam golongan belia kerana ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan wanita yang berumur 35 tahun ke bawah. Tulisan ini cuba memberi tumpuan kepada tiga perkara, iaitu (1) mengenal pasti kerja-kerja sukarela yang dibuat oleh mereka, (2) mencari sebab/faktor yang menarik Pergerakan untuk terlibat dalam kerja-kerja kesukarelawanan dan (3) halangan-halangan yang dihadapi oleh Puteri UMNO dalam usaha mereka untuk menjana lagi kerja-kerja kesukarelawanan. Penulis juga cuba melihat bahawa betapa pentingnya semangat kesukarelawanan dijadikan satu budaya yang berterusan yang sepatutnya diamalkan oleh Puteri UMNO tanpa menyerlahkannya sebagai gerakan parti politik, iaitu dengan memberi khidmat sukarela kepada semua golongan wanita tanpa mengira fahaman politik. Budaya kesukarelawanan Puteri UMNO ini akhirnya pasti akan dapat menarik golongan belia wanita dan juga masyarakat keseluruhannya untuk memberi sokongan kepada gerakan parti, khususnya UMNO dan Barisan Nasional setelah para ahli Pergerakan itu dan masyarakat keseluruhannya memahami betapa pentingnya sokongan mereka dalam menegakkan sebuah negara demokrasi.

Kata kunci: Belia , Budaya Kesukarelawanan, Kerja Sosial, Puteri UMNO, Parti Politik

Kepuasan Kerja Belia Beruniform_ Kes Anggota Armada Laut, TLDM

Pembangunan modal insan adalah agenda penting dalam pelan Rancangan Malaysia. Kepentingan golongan belia telah diberikan fokus ekoran penglibatan aktif mereka terutama dalam sektor pekerjaan. Dua objektif kajian ini adalah untuk memerihalkan tahap kepuasan kerja dan tekanan kerja serta menentukan perkaitan antara tekanan kerja dan kepuasan kerja di kalangan belia dalam kerjaya ketenteraan. Sebanyak 120 anggota Tentera Laut yang dipilih melalui pensampelan rawak berlapis berkadar daripada tujuh buah kapal TLDM. Kaedah pengisian sendiri borang soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Alat pengukuran bagi tekanan kerja dan kepuasan kerja adalah melalui Quantitative Workload Scale (Spector & Jex, 1998; alpha=.78), dan Job Satisfaction Survey (Spector, 1985; alpha=.87) masing-masingnya. Majoriti responden mempunyai tahap tekanan kerja (n=88, 73.3%) dan kepuasan kerja (n=69,57.5%) yang sederhana. Justeru, organisasi harus mempertingkat kesihatan psikologi anggota tentera dengan meningkatkan modal insan melalui program penerapan semangat berpasukan selain daripada meningkatkan pengurusan sumber manusia dengan aplikasi Sistem Divisyen (Pendekatan Kaunseling Kelompok). Keadilan dalam hak terhadap faedah sampingan dan penghargaan organisasi akan menjurus kepada kepuasan, mengurangkan konflik berhubung polisi organisasi dan memberikan kursus-kursus untuk peningkatan prestasi.

Kata Kunci: Tekanan Kerja, Kepuasan Kerja, Anggota Tentera Laut

                       muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

Socialization of Ethnic Identity and Its Consequence in the Form of Polarization Among Youth in Malaysia

The construction of ethnic identity has many consequences on ethnic relation. In the Malaysian youth context, the formation of ethnic identity through socialization has caused ethnic polarization. Researches proved that majority of Malaysian youths studying in public universities see ethnic as an important criteria in selecting roommate, assignment partner and even where to sit in the lecture hall. In view of the above circumstances, this paper intends to analyze the role of socialization in the forming of ethnic identity and its relationship with ethnic polarization among these youths. The intensity of ethnic polarization among them will be discussed by elaborating the findings of past researches related to the phenomenon. The role of nature in socialization will also be analyzed to ascertain the function nature plays in developing ethnic identity and ethnic polarization. This paper also discusses the role of nurture and the dialectic relationship of structural and action forces in creating ethnic identity which consequently may cause ethnic polarization.

Keywords: Ethnic Identity, Socialization, Ethnic Polarization, Ethnic Relation, Ethnocentrism

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

Remaja dan Budaya Lumba Haram di Lembah Kelang

Kajian ini memfokus kepada persoalan latarbelakang sosio-psikologi Mat Rempit dan memahami faktor-faktor sosial dan psikologi yang menyumbang kepada fenomena ini di kalangan golongan belia. Pengumpulan data menggunakan kaedah Perbincangan Kumpulan Berfokus yang melibatkan dua kumpulan Mat Rempit yang aktif dalam perlumbaan haram di Lembah Klang. Seramai 13 orang informan Mat Rempit telah dipilih dengan menggunakan teknik Snowballing. Objektif Perbincangan Kumpulan Berfokus ini adalah untuk memperolehi maklumat awal berkaitan aspek demografik, sosial dan psikologi Mat Rempit. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keluarga dan rakan sebaya merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah Mat Rempit di kalangan belia di Malaysia. Perubahan nilai dalam corak asuhan keluarga hari ini di mana ibu bapa tidak lagi memainkan peranan utama dalam mencorak kehidupan anak-anak turut menjadi faktor yang mendorong berlakunya masalah ini. Kepincangan dalam institusi keluarga mendorong golongan belia ini mencari keseronokan bersama rakan sebaya. Rakan sebaya yang lebih memahami, menerima diri seadanya dan mempunyai pemikiran yang sama menjadikan individu ini lebih dihargai dan berasa tidak tersisih. Ini menyebabkan individu berasa lebih selesa untuk berkongsi masalah dan pandangan dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa. Justeru, adalah wajar kita memahami isu sosial ini terutamanya dari aspek psikologi dan hubungan sosialisasi dengan ibu bapa dan rakan sebaya bagi menghalang fenomena ini dari merebak dan menjadi gejala yang menyumbang kepada masalah sosial di kalangan belia hari ini.

Kata Kunci : Lumba Haram, Nilai, Keluarga, Rakan Sebaya.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

Melahirkan Masyarakat Melayu Cemerlang_ Persoalan Konsep dan Kerangka Teoritis

Idea untuk melahirkan satu masyarakat yang cemerlang dan menjulang perlu mempunyai kerangka konseptual dan teoretis yang pragmatis. Artikel ini membincangkan beberapa masalah konseptual dan teoretis berhubung dengan idea melahirkan masyarakat Melayu yang cemerlang dan menjulang. Konsep personaliti, budaya, nilai dan perenggu minda dibincangkan dengan tujuan melahirkan satu sintesis konsep yang luas dan saling berkaitan. Dicadangkan supaya instrumen penyelidikan digubal dengan mengambil kira tujuan untuk mendapatkan data sosiologi dan psikologi berkaitan dengan personaliti, nilai dan perenggu-minda.

Kata Kunci: Personaliti, Budaya, Nilai, Perenggu Minda, Melayu.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

CONTACT US

iyres-en.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

HYPERLINK