Remaja dan Budaya Lumba Haram di Lembah Kelang

Kajian ini memfokus kepada persoalan latarbelakang sosio-psikologi Mat Rempit dan memahami faktor-faktor sosial dan psikologi yang menyumbang kepada fenomena ini di kalangan golongan belia. Pengumpulan data menggunakan kaedah Perbincangan Kumpulan Berfokus yang melibatkan dua kumpulan Mat Rempit yang aktif dalam perlumbaan haram di Lembah Klang. Seramai 13 orang informan Mat Rempit telah dipilih dengan menggunakan teknik Snowballing. Objektif Perbincangan Kumpulan Berfokus ini adalah untuk memperolehi maklumat awal berkaitan aspek demografik, sosial dan psikologi Mat Rempit. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keluarga dan rakan sebaya merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah Mat Rempit di kalangan belia di Malaysia. Perubahan nilai dalam corak asuhan keluarga hari ini di mana ibu bapa tidak lagi memainkan peranan utama dalam mencorak kehidupan anak-anak turut menjadi faktor yang mendorong berlakunya masalah ini. Kepincangan dalam institusi keluarga mendorong golongan belia ini mencari keseronokan bersama rakan sebaya. Rakan sebaya yang lebih memahami, menerima diri seadanya dan mempunyai pemikiran yang sama menjadikan individu ini lebih dihargai dan berasa tidak tersisih. Ini menyebabkan individu berasa lebih selesa untuk berkongsi masalah dan pandangan dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa. Justeru, adalah wajar kita memahami isu sosial ini terutamanya dari aspek psikologi dan hubungan sosialisasi dengan ibu bapa dan rakan sebaya bagi menghalang fenomena ini dari merebak dan menjadi gejala yang menyumbang kepada masalah sosial di kalangan belia hari ini.

Kata Kunci : Lumba Haram, Nilai, Keluarga, Rakan Sebaya.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH