SISTEM SEKOLAH DAN CABARAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA NEGARA: SATU PENELITIAN TERHADAP KONSEP KERJA SOSIAL DI SEKOLAH2

Kertas ini membincangkan mengenai peranan sekolah dalam pembangunan belia bagi melahirkan rakan kongsi dan kepimpinan masa depan negara yang berpotensi tinggi. Perbincangan adalah mengenai peranan sekolah dan bagaimana satu ‘seting’ perkhidmatan kerja sosial iaitu kerja sosial sekolah (school social work) boleh diperkasa bagi merealisasikan falsafah pendidikan negara dan mencapai objektif pendidikan. Huraian dibuat berdasarkan peranan sekolah, konsep kebajikan dalam praktis kerja sosial sekolah serta cabaran semasa masalah di sekolah. Kesimpulan dari perbincangan menjelaskan bahawa adalah penting untuk segera memperkasakan sekolah bagi menjamin kelahiran belia berpotensi tinggi sebagai rakan pembangunan negara. Penambah baikkan pada sIstem sekolah dan proses pendidikan yang bakal dilalui oleh semua belia negara perlu sentiasa dilakukan seiring dengan perubahan dalam masyarakat dan mengambil kira proses globalisasi yang berlaku secara semula jadi.

Kata kunci: Kerja Sosial Sekolah, Pembangunan Belia, Sistem Sekolah

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH