KEBERKESANAN KAUNSELING MANDATORI DARI SUDUT PANDANGAN KLIEN BELIA

Kaunseling telah berjaya dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan kesihatan mental, masalah tingkah laku dan isu perhubungan. Walaubagaimanapun, masih terdapat persoalan mengenai bagaimana keberkesanan kaunseling mandatori diperoleh. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaunseling mandatori dari sudut pandangan klien. Responden bagi kajian ini adalah empat orang remaja di salah sebuah sekolah yang diluluskan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, di mana mereka diwajibkan menghadiri kaunseling oleh mahkamah di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, di mana satu temubual berstruktur telah dilakukan bersama klien yang telah menjalani sesi kaunseling mandatori. Analisis Kandungan Tema (Anderson, 2007) telah digunakan untuk menganalisis data. Hasil menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kepada keberkesanan kaunseling mandatori dari sudut pandangan klien, iaitu (a) faktor klien, (b) faktor kaunselor, dan (c) faktor proses kaunseling. Dua subtema yang boleh dirumuskan berdasarkan faktor klien iaitu perkongsian dan sikap klien terhadap sesi kaunseling mandatori. Bagi faktor kaunselor, dua subtema dapat dihasilkan, iaitu sikap dan kemahiran kaunselor di dalam sesi kaunseling mandatori. Faktor ketiga, iaitu faktor proses kaunseling menunjukkan bahawa tahap permulaan dan tahap penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam proses kaunseling mandatori. Ketiga-tiga faktor ini saling berhubungan di antara satu sama lain dan penting dalam mempengaruhi keberkesanan kaunseling mandatori. Walaupun masih banyak persoalan mengenai keberkesanan kaunseling mandatori, telah dinyatakan oleh klien bahawa kaunseling mandatori merupakan satu intervensi psikologikal yang berkesan.

Kata Kunci: Kaunseling Mandatori, Keberkesanan, Direktif.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH