SOSIALISASI REMAJA ATAS TALIAN: IMPLIKASI KE ATAS PROGRAM BERASASKAN INTERNET

Kajian ini menentukan perkaitan penggunaan internet dengan kesejahteraan psikologi dalam kalangan penuntut universiti yang merupakan golongan pengguna internet yang aktif. Seramai 316 responden telah dipilih melalui pensampelan berlapis dan maklumat telah dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Instrumen yang digunakan ialah Internet Addiction Test, UCLA Loneliness Scale dan Center for Epidemiologic Studies Depression Scale (CES-D) yang telah diubahsuai. Ujian korelasi telah digunakan untuk menentukan perkaitan penggunaan internet dengan kesunyian dan kemurungan. Daripada sampel kajian, 24.1% adalah golongan pelajar yang mengalami masalah kerana terlalu kerap menggunakan internet manakala 75.9% menggunakan internet secara terkawal. Di samping itu, 41.1% pelajar mengalami kemurungan major dan 14.56% pula mengalami kesunyian yang serius. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara penggunaan internet yang terlalu kerap dengan kesunyian (r = 0.22, p ≤ .01) dan kemurungan (r = 0.34, p ≤ .01). Kajian ini memberi implikasi bahawa semakin tinggi penggunaan internet, semakin tinggi tahap kesunyian dan kemurungan remaja. Justeru, peranan bahagian pembangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan pihak fakulti adalah penting dalam menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial dan tidak mengasingkan diri dalam dunia maya Internet.

Kata Kunci: Internet, Kesejahteraan Psikologi, Remaja, Kesunyian,Kemurungan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH