PENGGUNAAN KONSEP GENERASI Y DI MALAYSIA

 Di Malaysia, bilangan penduduk kategori belia dianggar mencatat hampir separuh daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini, iaitu sebanyak hampir 10.73 juta orang atau 40.0% pada tahun 2010. Jumlah yang banyak ini menjadikan proses pembangunan belia di Malaysia satu cabaran yang begitu besar jika dibandingkan dengan beberapa dekad dahulu. Setiap tahun, kerajaan Malaysia akan memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi menjalankan dan menjayakan usaha-usaha pembangunan belia di negara ini. Namun begitu, mengikut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, belia di Malaysia terdiri daripada mereka yang berumur lebih daripada 15 tahun dan kurang daripada 40 tahun yang mana polisi-polisi serta program-program yang telah ditetapkan adalah berdasarkan skop yang besar ini dan ia kemungkinan besar adalah tidak begitu sesuai digunakan lagi pada masa kini. Seiring dengan perkembangan zaman, pentafsiran belia di Malaysia seharusnya juga berubah mengikut zaman dan kesesuaian penggunaannya. Kini, Generasi Y merupakan satu isu yang seharusnya mendapat perhatian dan pengetahuan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Konsep Generasi Y tidak asing lagi bagi negara-negara barat seperti Amerika Syarikat namun di Malaysia ia masih kurang jelas definisinya dan jarang mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Maka, kertas ini bertujuan membincangkan latar belakang konsep Generasi Y dan meninjau persamaan ciri-ciri belia di Malaysia dengan konsep tersebut.

Kata Kunci : Belia, Belia Malaysia,; Generasi Y, Globalisasi, Pembangunan Belia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH