PENGARUH ‘‘YOUTUBE’’ TERHADAP KEGANASAN REMAJA

Kertas ini adalah hasil daripada kajian yang dilakukan ke atas remaja di pusat pemulihan akhlak di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, Selangor. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan ‘youtube’ dalam kalangan remaja yang pernah melakukan tindakan keganasan seperti membunuh, merogol, merompak, melakukan serangan bersenjata, menculik, membuli dan melakukan vandalisme. Dalam konteks penggunaan ‘youtube’, kajian ini memfokuskan kepada tujuan remaja bermasalah menonton ‘youtube’, apa yang ditonton, di mana ia ditonton dan kekerapan menonton. Survei dijalankan menggunakan pensampelan rawak bertujuan ke atas 40 responden yang telah dikenal pasti melakukan tindakan keganasan bagi melihat adakah pola penggunaan ‘youtube’ mempengaruhi tingkah laku mereka terhadap keganasan. Hasil kajian mendapati tujuan sebahagian besar responden iaitu 72.5% menonton atau melayari ‘youtube’ kerana ingin melepaskan diri daripada tekanan hidup. Kategori video ‘youtube’ yang paling banyak ditonton pula ialah muzik iaitu 92.5%. Sebahagian besar daripada mereka (75%) menonton ‘youtube’ di kafe siber, dengan kekerapan di antara satu hingga dua jam sehari. Namun, hasil kajian menunjukkan pola penggunaan ‘youtube’ tidak memberi pengaruh ke atas tingkah laku keganasan mereka.

Kata Kunci : Pengaruh Media, Remaja, Tingkah Laku Devian, ‘Youtube’, Analisis Khalayak

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH