KEMISKINAN DAN PENDIDIKAN: KESAN DAN CABARAN DI KALANGAN BELIA MALAYSIA

Isu anak-anak muda dalam kemiskinan telah mendapat perhatian seluruh dunia. Belia merupakan sumber keberterusan pemimpin dan tulang belakang kepada sesebuah negara. Justeru, pembangunan sesebuah negara akan ketinggalan jika golongan belia tidak memberi sokongan dan sumbangan yang diperlukan. Salah atu punca utama kemiskinan belia ialah tahap pendidikan yang rendah. Selain itu, gender juga merupakan faktor penting kemiskinan sepertimana yang terbukti dalam kemiskinan belia wanita atau perempuan. Belia perempuan dipercayai menerima pendidikan yang kurang daripada rakan-rakan lelaki dan keadaan ini adalah ketara di negara-negara membangun. Oleh itu, makalah ini meninjau cabaran berkaitannya yang perlu dihadapi oleh belia Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah campuran atau ‘mixed method’. Data kualitatif dan kuantitatif terkumpul daripada data primer dan sekunder digunakan dalam kajian memberi tumpuan kepada golongan belia Malaysia yang berumur di antara 15 sehingga 40 tahun. Walaupun kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran untuk mengatasi masalah kemiskinan di kalangan belia, penyertaan belia dalam membentuk strategi pembangunan negara masih berada pada tahap rendah. Justeru, ia membantut pembasmian kemiskinan. Selain itu, makalah ini juga membincangkan kesan dan cabaran kemiskinan dan taraf hidup belia berbanding tahap pendidikan. Kajian turut mendedahkan bahawa pelaburan dalam pendidikan asas dapat mengurangkan kemiskinan di kalangan belia melalui peningkatan produktiviti dan kemahiran mereka.

Kata Kunci: Malaysia, Belia, Kemiskinan, Pendidikan, Gender

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH