MASJID MENJANA PEMBENTUKAN BELIA RABBANI

Masjid merupakan salah satu institusi yang berperanan sebagai tempat peribadatan dan pusat pengembangan ilmu pengetahuan. Masjid juga merupakan rumah ibadah bagi umat Islam untuk mengerjakan solat berjemaah di samping dapat mengukuhkan ukhuwah Islamiah sesama Islam. Masjid juga adalah merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang menawarkan pelbagai pengajian ilmu berkaitan Islam untuk setiap lapisan umur dan kedudukan dalam kalangan masyarakat Islam. Oleh itu, segala aktiviti anjuran masjid seharusnya mendapat perhatian dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat terutamanya para belia. Namun, aspek pengimarahannya masih belum disemarakkan lagi dan masih memerlukan sokongan dari semua pihak. Justeru, masjid bukan hanya untuk golongan tertentu sahaja tetapi memerlukan penglibatan semua pihak untuk bersama-sama mengimarahkannya agar fungsi sebenar masjid untuk melahirkan para belia rabbani akan tercapai.

Kata Kunci: Masjid, Belia, Pendidikan Islam

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH