KESAN KAFE SIBER TERHADAP GOLONGAN REMAJA DI PULAU PINANG

Kestabilan sosio politik sesebuah negara terletak sebahagian pada golongan remaja yang bukan sahaja merupakan tunjang pembangunan negara malahturut memainkan peranan sebagai penggerak modal insan negara. Mereka juga mempunyai kaitan yang jelas dengan institusi kekeluargaan yang amat penting dalam usaha untuk mewujudkan kesejahteraan dalam sesebuah masyarakat. Putaran arus modenisasi hari ini menyaksikan semakin terlerainya ikatan kukuh institusi kekeluargaan hingga mencetuskan pelbagai gejala sosial dalam kalangan anak-anak muda. Antara gejala
sosial yang ketara mencengkam para remaja ialah penyalahgunaan kafe siber. Kajian ini memfokuskan kepada 230 remaja di Pulau Pinang melibatkan 28 kafe siber di sekitar Georgetown dan Butterworth. Kajian kuantitatif ini mendapati 168 responden mengakui kafe siber lebih baik daripada rumah manakala 62 responden mengakui kafe siber lebih baik daripada menghadiri sekolah. Malah responden turut mengakui bahawa tahap ketagihan mereka terhadap internet adalah amat tinggi dan sanggup
melakukan apa sahaja semata-mata untuk menghabiskan masa di kafe siber.

Kata Kunci: Remaja, Ketagihan Internet, Kafe Siber, Pulau Pinang

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH