NILAI MODAL INSAN DALAM NOVEL SEBAGAI SUMBER TRANSFORMASI IDENTITI BELIA DI MALAYSIA

Makalah ini melthat keampuhan Teori Falsafah Bahasa sebagai wahana penyampai nilai dan ilmu. Teori ini menekankan tiga prinsip asas, iaitu berbahasa dengan menggunakan nahu yang betul mengikut konteks, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar; dan berbahasa sebagai suatu ibadah. Rata-rata masyarakat di Malaysia terutama golongan belia amat menggemari genre novel sebagal bahan bacaan. Kehidupan beragama juga menjadi pilihan majoriti rnasyarakat Malaysia termasuk golongan belia. Novel yang dipilih ialah `Seteguh Karang' yang dipelajari di sekolah menengah telah memperlihatkan prinsip-prinsip dalam teori ini diamalkan. Di samping itu, novel ini juga telah membuktikan wujudnya nilai modal insan yang mampu menjadi penjana dan penghubung transformasi identiti belia di Malaysia. Berdasarkan data yang dianalisis, terbukti lima nilai modal insan untuk membangunkan generasi yang mempunyai ciri-ciri berikut i) kualiti asas jasmani, emosi, rohani dan intelektual, ii,) berjiwa besar dan cita-cita menggunung iii) mengamalkan al-Ouran dan al-Sunnah atau berakhlak mulia, iv) mempunyai pandangan hidup dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, dan v) berdikari.

Kata Kunci : Teori Falsafah Bahasa, Nilai Modal Insan, Novel, Transformasi, Identiti dan Belia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH