MELESTARIKAN BUDAYA MELANCONG DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA

Pelancongan pelajar merupakan antara segmen pelancongan yang paling cepat berkembang di Malaysia. Walaupun tidak ramai golongan pelajar yang melancong ke luar negara, namun mereka merupakan golongan yang aktif sebagai pelancong domestik dan pengunjung harian. Makalah ini membincangkan potensi dan halangan yang dihadapi oleh sektor pelancongan negara dalam membangunkan segmen pelancongan pelajar di Malaysia. Data-data kajian diperoleh daripada kaji selidik di 77 buah sekolah terpilih di seluruh Malaysia yang melibatkan 1,157 orang pelajar yang berusia antara 14 hingga 20 tahun sebagai sampel kajian. Kaji selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan dan kehendak pelancong pelajar terhadap aspek pemilihan destinasi, sumber kewangan, tempat penginapan, motivasi melancong dan halangan untuk melancong. Dengan menggunakan teknik convenience sampling, borang soal selidik telah diedarkan kepada para pelajar dengan bantuan pengetua dan guru-guru. Borang soal selidik yang lengkap diisi telah dikembalikan semula oleh pihak sekolah kepada penyelidik menerusi khidmat pos. Hasil kajtan mendapati bahawa majoriti responden melancong untuk tujuan percutian dan rekreasi, berbajet rendah dan menerima bantuan kewangan daripada ibu bapa. Berdasarkan analisis penjadualan silang, responden didapati cenderung untuk memilih destinasi luar negara sebagai pilihan utama di samping masih ingin melancong di dalam negara. Hasil kajian ini memberi implikasi positif kepacla penggubal dasar, perancang pelancongan dan operator perkhidmatan khususnya dalam merangka prasarana dan produk yang dapat memenuhi keperluan pelancong muda.

Kata Kunci: Pelancongan Pelajar, Budaya Melancong, Pelancong Muda, Malaysia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH