TELECENTER KOMUNITI LUAR BANDAR DAN PERANAN BELIA

Makalah ini membincangkan peranan kaum belia dalam menjayakan projek telecenter komuniti dan manfaatnya sebagai sumber informasi dan alat komunikasi kepada kaum belia untuk membina kerjaya. Bagaimana telecenter mengekalkan solidariti mereka dengan komunitinya, walaupun mereka telah bekerja di bandar, juga dibincangkan. Data makalah ini adalah berdasarkan pengalaman lima buah Projek Telecenter Komuniti pribumi di Sarawak dan Sabah, kendalian ISITI-CoERI UNIMAS. Makalah ini menegaskan bahawa golongan bella adalah pra-syarat kejayaan sesebuah projek telecenter komuniti luar bandar. Ini kerana beberapa tugasan penting dalam proses mengasaskan telecenter memerlukan penglibatan aktif mereka. la merangkumi penjanaan maklumat dan menggerakkan penyertaan komuniti, menjadi pelatih dan jurulatih penggunaan telecenter dalam komuniti serta sebagai pengguna aktif telecenter. Internet telecenter telah menjadi laluan pantas kaum belia komuniti menjana maklumat dan menjadi alat komunikasi mereka dengan dunia luar tanpa terhalang oleh kedudukan petempatan yang terpencil. Hanya menggunakan internet telecenter tanpa perlu ke bandar, kaum belia komuniti akses kepada peluangvpendidikan dan pekerjaan. Kemudahan komunikasi (internet dan telefon satelit) di telecenter komuniti telah menyebabkan kaum belia yang bekerja di bandar kerap balik ke kampung berbanding sebelumnya. Ia telah melestarikan solidariti mereka dengan komunti. Disamping itu mereka juga terus dapat membantu rneningkatkan pembangunan komuniti.

Kata Kunci: Belia, Telecenter, Komuniti, Banclar ISITI-CoERI

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH