kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGUASAAN PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KURSUS TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Kajian rintis ini adalah satu kajian rintis secara tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar Diploma Lanjutan semester pertama terhadap penguasaan ilmu bagi kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di dua buah politeknik KPTM. Pelajar yang terlibat adalah 33 orang pelajar yang merupakan populasi keseluruhan pelajar Diploma Lanjutan yang terdapat di kedua politeknik yang menjadi lokasi kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan ilmu adalah tinggi bagi hampir kesemua objektif penawaran kursus kecuali bagi objektif keempat yang mendapat skor sederhana tinggi. Analisa perbandingan persepsi antara kedua buah politeknik terhadap tahap penguasaan ilmu bagi kursus TITAS menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari kesemua aspek objektif kursus.

Kata Kunci: Kursus TITAS, Persepsi, Politeknik

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PENULISAN KREATIF DALAM MENJANA MINDA DAN SUMBER PENDAPATAN BELIA

Penulisan kreatif ialah apa-apa penulisan yang bertujuan untuk menyatakan pemikiran, perasaan dan emosi berbanding dengan karya memberitahu maklumat. Sesungguhnya, jika seseorang belia itu berminat untuk menulis atau menjadi seseorang penulis, bolehlah mereka menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif. Para belia digalakkan menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif untuk dua tujuan penting, iaitu untuk menjana minda dan juga menjadi sumber pendapatan dari hasil penulisan kreatif. Ramai penulis kreatif di dunia kaya dan hidup senang lenang daripada hasil penulisan mereka. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hassan berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran.

Kata Kunci: Kreatif, Menjana Minda, Sumber Pendapatan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RELATIONSHIPS BETWEEN EMOTIONAL INTELLIGENCE AND THE BIG FIVE IN YOUTHS

The objective of this paper is to study the relationship between Emotional Intelligence (EI) and the Big Five of the youths in National Youth Skill Training Institute (IKBN) Miri, Sarawak. This survey involved a sampling of two hundred and ninety one youths who are currently learning at the IKBN Miri. The data was gathered through a self-report survey method using a questionnaire instrument. A newly developed instrument; Malaysian Youth Emotional Intelligence Test (MYEIT) is used to measure EI whereas Big Five Inventory (BFI) is used to measure the Big Five. Conscientiousness and Agreeableness strongly correlates with EI, followed by Extraversion, Openness and Neuroticism. Regression analyses further confirm that EI measured by MYEIT is overlap with the higher–order personality dimensions. Keywords: Emotional Intelligence, Big Five

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PERSEPSI BELIA TERHADAP ISU POLITIK DAN DASAR KERAJAAN MALAYSIA

Belia merupakan golongan yang kritikal terhadap perkembangan isu semasa negara dan mempunyai kehendak yang tersendiri. Mereka mempunyai akses maklumat semasa yang luas, tidak terbatas kepada media perdana sahaja. Dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat masa kini seperti penggunaan internet dan telefon bimbit telah menggalakkan penyebaran maklumat tanpa sekatan. Penggunaan internet sebagai sumber maklumat merupakan fenomena global yang meluas, tanpa sempadan dan menembusi pelbagai bidang dan dianggap sebagai satu ‘media baru’ di kalangan rakyat terutamanya generasi muda. Aplikasi ruang siber melalui peranan media alternatif seperti blog, laman web, forum siber, you tube, email, face book, dan twitter dapat memperluas ruang bersuara sekaligus meningkatkan partisipasi dan mobilisasi sosial, politik dan demokrasi. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis kriteria pemilihan calon dan parti politik, persepsi terhadap isu politik semasa dan sokongan belia terhadap Kerajaan. Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik hasil kajian mendapati bahawa 18.0 peratus belia menyatakan mereka memilih calon yang jujur dan amanah sebagai wakil mereka. Parti politik yang memperjuangkan isu kemanusiaan (ketelusan, keadilan, hak asasi manusia dan anti rasuah) menjadi pilihan utama mereka dan berpendapat parti politik tidak boleh menyentuh isu peribadi semasa berkempen. Hasil kajian dalam aspek pendapat politik belia menunjukkan bahawa 71.0 peratus di kalangan mereka (belia) menyokong peranan kerajaan dalam memantapkan agenda pembangunan belia negara dan 66.1 peratus menyatakan gagasan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” disokong, dihayati dan dimanifestasikan oleh belia. Dari aspek pentadbiran awam pula, 82.3 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan dan pembaharuan yang dilakukan oleh kepimpinan Perdana Menteri dalam menerajui pembangunan negara terus mendapat sokongan belia (73.9 peratus) dan 74.2 peratus responden menyatakan bahawa kepimpinan negara perlu dikekalkan kerana telah menunjukkan prestasi yang amat baik. Merujuk kepada parti politik yang akan diundi pada pilihan raya umum akan datang, 67.8 peratus responden menyatakan akan mengundi BN berdasarkan transformasi dan pembaharuan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Kata kunci: Belia, Akses Maklumat, Pemilihan Calon, Pendapat Politik, Indeks Petunjuk Prestasi

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

JANGKAAN PELABURAN BAGI BELIA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Pelaburan dikenalpasti sebagai suatu alternatif bagi meningkatkan pendapatan dan memberi perlindungan kepada risiko kewangan pada masa akan datang. Namun sebagai pelajar yang kebanyakannya belum lagi bekerja, mereka mungkin belum berpeluang lagi untuk terlibat dalam pelaburan disebabkan kekurangan sumber kewangan. Walaupun demikian, mereka berkemungkinan untuk melabur dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan kewangan. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan pelaburan, sikap terhadap pelaburan dan jangkaan pelaburan bagi belia pelajar di Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Persampelan rawak mudah digunakan bagi memperoleh 1000 responden yang terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Borang Soal Selidik yang ditadbir-sendiri oleh responden digunakan bagi mengumpulkan maklumat latar belakang, pengetahuan pelaburan, sikap terhadap pelaburan dan jangkaan pelaburan. Hasil kajian menunjukkan bahawa jangkaan dalam pelaburan bagi pelajar adalah sangat rendah dengan hanya satu pertiga pelajar sahaja dijangka akan terlibat dalam pelbagai jenis pelaburan. Begitu juga kurang daripada separuh responden mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana dan tinggi. Bagi tahap pengetahuan yang tinggi tidak ada responden yang cenderung dijangka untuk banyak terlibat dalam pelaburan. Namun bagi golongan dengan tahap pengetahuan yang rendah, tidak ramai yang menjangkakan mereka akan kurang melabur. Selain dari tahap pengetahuan, sikap terhadap pelaburan dikaji kesannya kepada jangkaan bagi pelaburan. Dalam hal ini, kebanyakan responden bersikap negatif terhadap pelaburan dan mereka ini menjangkakan diri mereka akan kurang terlibat dalam pelaburan. Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini dapat menentukan samada pihak kerajaan atau pihak-pihak berkaitan perlu menggubal polisi baru atau mengubahsuai polisi yang sedia ada bagi membolehkan kalangan belia cenderung melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan yang sihat dan hasil tindakan kerajaan sebegini dapat mempertingkatkan pendapatan rakyat Malaysia serta ia berkemungkinan besar bakal menjadi pemangkin untuk merealisasikan potensi pertumbuhan Malaysia. Selain itu, pihak berkuasa harus memberi pendidikan pelaburan bagi kepentingan pelajar dan pengguna secara umumnya.

Kata Kunci: Jangkaan Pelaburan, Belia, Kesejahteraan Kewangan, Pengetahuan Pelaburan, Sikap Pelaburan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

CONTACT US

iyres-en.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

HYPERLINK