KEBERKESANAN PERTUBUHAN BELIA DALAM MENYEMAI JATI DIRI ISLAM

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aktiviti pertubuhan belia dan hubungankaitnya dengan jati diri Islam dari sudut akidah, ibadah dan akhlak dalam membangunkan jati diri remaja muslim. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian melibatkan seramai 304 orang remaja dari 12 buah pertubuhan belia di kawasan Serdang dan Hulu Langat, Selangor. Data dianalisis secara deksriptif menggunakan peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jati diri Islam dalam kalangan belia dari sudut akidah (min=4.66) dan akhlak (min=4.40) berada pada tahap yang sangat tinggi manakala jatidiri islam dari sudut ibadah hanya pada tahap tinggi sahaja (min=4.14). Sehubungan dengan itu, penekanan terhadap aspek ibadah perlu diberi perhatian kerana aspek ini merupakan ‘terjemahan’ dari amalan seseorang individu yang bergelar muslim.

Kata kunci: Pertubuhan belia, jati diri Islam, remaja

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH