KESEDARAN POLITIK MAHASISWA: DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pilihan raya Kampus menjadi perhatian para penganalisis politik dan peminat gerakan mahasiswa kerana ia menunjukkan tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, sama ada rakyat Malaysia sudah semakin matang dalam pemahaman demokrasi atau sebaliknya. Namun jumlah penglibatan mahasiswa yang tinggi dalam Pilihan raya Kampus gagal diterjemahkan ke dalam Pilihan raya Umum apabila statistik menunjukkan jumlah daftar mengundi di Malaysia semakin menurun dari Pilihan raya Umum 2008 sehingga Pilihan raya Umum 2013. Justeru, penulisan ini cuba mengkaji sama ada pendidikan demokrasi yang dilakukan di Institut Pengajian Tinggi Awam (melalui data yang diperolehi melalui Universiti Putra Malaysia) benar-benar mampu mendidik mahasiswa dalam memahami sistem demokrasi. Kajian ini menggunakan methodologi temubual mendalam yang melibatkan 20 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia dari bangsa Melayu, Cina dan India, kutipan data kajian ini dilakukan semasa hari mengundi Pilihan raya Kampus Universiti Putra Malaysia sesi 2013/ 2014. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pihak pentadbiran universiti yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik mahasiswa berkenaan demokrasi telah gagal dalam menjalankan tugas mereka, mahasiswa masih tidak dapat memahami kepentingan dan tanggungjawab mereka dalam sistem demokrasi.

Kata Kunci: Pilihan Raya Kampus, Mahasiswa, Pendidikan Demokrasi, Proses Sosialisasi, Institusi Pengajian Tinggi

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH