BUDAYA MEMBACA BELIA ORANG ULU DI LIMBANG, SARAWAK

Tinjauan awal mendapati kesedaran dan persepsi belia Orang Ulu di Bahagian Limbang Sarawak terhadap pembangunan modal insan masih di peringkat awal, termasuk kefahaman berkaitan keperluan kepada bidang-bidang kerja profesional. Terdapat belia luar bandar yang tidak memahami isu-isu semasa terutama yang berkaitan dengan keperluan pasaran kerja. Sehubungan itu kajian ini ingin mengenal pasti tahap pengamalan belia Orang Ulu terhadap budaya membaca dan tahap kesedaran mereka. Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kajian ini ialah kajian kepustakaan yang menyentuh secara umum lokasi penempatan belia Orang Ulu di Bahagian Limbang Sarawak. Kajian lapangan yang melibatkan survey dan temubual turut digunapakai. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 254 orang responden dalam kalangan belia di Limbang. Kaedah temu bual yang dijalankan adalah secara rawak dan diikuti dengan pemerhatian. Hasil kajian mendapati terdapat impak positif dalam kalangan belia Orang Ulu yang minat membaca dengan dibantu oleh guru-guru dan pengaruh bahan-bahan bacaan lain yang turut merangsang perubahan iklim pendidikan dan pembelajaran kelompok Orang Ulu. Meskipun jauh di pedalaman ada kalangan belia mereka yang berjaya masuk ke universiti, bekerja dengan sektor kerajaan dan swasta serta persendirian sama ada sebagai usahawan, peniaga dan kontraktor.

Kata Kunci: Kualiti, Modal Insan, Kesedaran, Pelajar, Orang Ulu

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH