kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGARUH FILEM TAMIL TERHADAP TINGKAH LAKU BELIA INDIA DI PERAK

Setiap hari pelbagai program disajikan kepada penonton di televisyen (TV). Program tersebut antaranya berupa filem-filem Tamil. Walaupun jalan cerita berkisar kepada kehidupan dan keluarga tetapi filem Tamil mengandungi banyak aksi-aksi ganas. Belia India yang menontonnya dikatakan mudah terikut-ikut dengan aksi-aksi ganas yang dipertontonkan. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini dijalankan untuk mengetahui pengaruh aksi ganas yang ditonton dalam filem Tamil terhadap belia India; dan mengenal pasti perbezaan antara jantina dengan pengaruh aksi ganas yang ditonton dalam filem Tamil terhadap belia India. Penyelidikan telah dijalankan ke atas 217 orang belia di Taiping, Perak dengan menggunakan kaedah tinjauan. Belia berpendapat bahawa pengaruh aksi ganas dalam filem Tamil bukan penyebab utama yang mendorong belia India melakukan jenayah dan bertindak ganas. Malah hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan wanita dengan pengaruh aksi ganas yang ditonton dalam filem Tamil. Mereka menyedari bahawa aksi-aksi di dalam filem hanyalah sekadar lakonan dan tidak akan dijadikan amalan di dalam kehidupan seharian.

Kata Kunci: Keganasan, Belia, Media, Aksi Ganas, Televisyen

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

KESAN PEMBACAAN NOVEL KEPADA REMAJA DI MALAYSIA

Novel merupakan salah satu medium penting yang sering digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk penceritaan. Media naratif ini telah lama digunakan di Malaysia dan semakin meningkat penggunaannya sejak timbulnya ‘demam adaptasi novel’ ke genre drama. Sehubungan dengan terjadinya lambakan novel bergenre popular di pasaran, satu kajian telah dijalankan untuk melihat kesan pembacaan novel kepada pembaca dalam kalangan remaja. Menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian fenomenologi, sekumpulan peserta kajian yang terdiri daripada 10 remaja peminat novel telah ditemubual secara mendalam bagi mendapatkan maklumat mengenai kesan pembacaan novel terhadap perkembangan diri mereka. Hasil kajian mendapati, pembacaan novel memberi pelbagai kesan perubahan dalam perkembangan diri remaja seperti perubahan kepercayaan, perubahan persepsi, perubahan tingkah laku, peningkatan maklumat dan peningkatan kemahiran bahasa.

Kata Kunci: Novel, Remaja, Perubahan, Kepercayaan, Tingkah Laku

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PSIKOLOGI AGAMA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL REMAJA

Cinta yang tidak dipandu dengan agama dan akal boleh menyebabkan belia terlibat dalam gejala salahlaku seksual seperti seks bebas, hamil luar nikah dan pembuangan bayi. Islam meraikan perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Namun, cinta tersebut adalah cinta yang tidak membawa kerosakan kepada diri dan masyarakat. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan psikologi cinta dari perspektif Islam dan bagaimana kefahaman ini boleh menjadikan horizon pemikiran individu Muslim semakin luas dan seterusnya mencegah daripada terlibat dalam masalah sosial. Kajian analisis kandungan berdasarkan literatur terpilih ini mendapati konsep cinta dari perspektif Islam bukan hanya terhad kepada cinta romantis sesama manusia tetapi cinta yang hakiki adalah cinta kepada Pencipta iaitu Allah s.w.t. Kajian kualitatif ini menggunakan metod analisis secara bertema di dalam memahami hakikat cinta yang pelbagai bentuk. Hasil kajian menunjukkan konsep psikologi cinta dapat digunakan di dalam pelbagai cabang ilmu psikologi iaitu psikologi sosial, psikologi perkembangan, personaliti, psikologi agama dan psikologi silang budaya. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat beberapa prinsip dalam Islam yang mendasari hubungan sesama manusia boleh dijadikan mekanisme dalam pencegahan kepada seks bebas, hamil luar nikah dan buang bayi. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa remaja yang memahami psikologi cinta dalam konteks agama berjaya menahan diri daripada perkara yang boleh merosakkan diri dan masyarakat yang disebabkan perasaan cinta tersebut.

Kata Kunci: Psikologi Cinta, Islam, Pemikiran, Muslim

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

KADAZAN-DUSUN PARTICIPATION IN POSITIVE YOUTH DEVELOPMENT PROGRAM IN SABAH

This study examines the involvements of Kadazan-Dusun youths from Buayan village in youth development program. The program was implemented with objectives to enhance their soft-skills by using structured group activities. The program focused on seven components of soft skills (i.e., time management, social competence, achievement motivation, intellectual flexibility, leadership, emotional control and self-confidence). Altogether, 21 rural youths participated in this study who were divided into two groups, (n=7) involved in structured group activities and (n=14) were not involved in structured group activities). A set of questionnaires which consists of two sections were used to measure the demographic profiles and the seven components of soft skills by using 16 items which were adapted from the Life Effectiveness Scale (Neil, 2005). Various activities such as motivational talks, future career talks, youth discussions, motivational song and games were implemented as a part of youth development program. It was assumed that there would be differences in each of the seven components of soft skills between the two groups of youth after program implementation. The Mann Whitney U test was used to analyze the differences between each of the seven components between the two groups. The study however, showed that there were no significant differences between the two groups in all components of soft skills after program implementation. The research findings provide some information for researchers to redefine the contents and the duration of youth development program to ensure that the objectives of such program can be achieved. Keyword: Youth Development Program, Kadazan-Dusun, Time Management, Social Competence, Achievement Motivation, Intellectual Flexibility, Leadership, Emotional Control and Self-Confidence

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

ENVIRONMENTAL RESPONSIBILITY TOWARDS GREEN PURCHASE AMONG STUDENTS

The main purpose of this study is to determine the influence of green purchase attitude, environmental concern and perceived environmental responsibility towards green purchase intention amongst UPM’s students. A total of 150 respondents from two faculties in Universiti Putra Malaysia were participated in the present study and were selected through systematic random sampling. A self-administered questionnaire was used as a tool for data collection to measure attitude towards green purchase, environmental concern, perceived environmental responsibility and green purchase intention. The result descriptively showed that slightly more than half of the respondents were reported as having positive attitude towards green purchase, high level of perceived environmental responsibility and green purchase intention. However, the majority of the respondents were grouped in low level of environmental concern category. Additionally, the results from Pearson correlation analysis have indicated a significant positive relationship between green purchase attitude, environmental concern, perceived environmental responsibility and green purchase intention. Besides, multiple regression analysis reported that the most influential factor that predicts respondents’ green purchase intention was an attitude towards green purchase. Finding from this study is beneficial to the marketer and government as it helps them to have a better understanding of factors that motivate consumer’s green purchase intention.

Keywords: Green Purchase Intention; Attitude; Perceived Environmental Responsibility; Environmental Concern

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

CONTACT US

iyres-en.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

HYPERLINK