PROFIL TERAS PERTUBUHAN SUKARELA BELIA DI MALAYSIA

Kajian ini bertujuan untuk menentukan matlamat keterlibatan dalam kerja sukarela ke arah membina profil teras pertubuhan sukarela di Malaysia. Umumnya, pertubuhan sukarela di Malaysia bebas dalam menentukan objektif, matlamat serta tujuan pertubuhan masing-masing. Namun begitu, kesukaran dalam menentukan tujuan pertubuhan sukarela mengikut bidang keutamaan dan juga matlamat sebenar pertubuhan ketika kerja sukarela dijalankan tidak dapat ditentukan dengan tepat. Artikel ini membincangkan secara kritikal profil teras pertubuhan sukarela dengan menggunakan kajian kualitatif melalui pemerhatian turut serta dan temu bual berfokus terhadap 19 ahli jawatankuasa daripada empat buah pertubuhan sukarela di Malaysia. Kajian ini mendapati terdapat enam profil teras kepada pemilihan serta penglibatan aktif sukarelawan dalam menentukan matlamat serta objektif pertubuhan sukarela yang dianggotai oleh mereka: khidmat komuniti; altruisma; kecenderungan menderma; amalan nilai murni; perjuangan sejagat; dan pembangunan kendiri. Kajian ini juga mendapati bahawa khidmat komuniti dan amalan nilai murni merupakan prediktor yang paling utama dalam menentukan seseorang untuk terlibat dalam pertubuhan sukarela.

Kata Kunci: Sukarelawan, Kerja Sukarela, Pertubuhan Sukarela, Profil Teras.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH