kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGLIBATAN JIRAN MUDA DALAM AKTIVITI RUKUN TETANGGA DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

Perpaduan kaum yang wujud di negara ini dikatakan masih bersifat luaran dan belum mencapai apa yang diidamkan oleh semua masyarakat Malaysia, iaitu perpaduan yang berasaskan saling menghormati, bersikap toleransi dan menghargai kepelbagaian. Usaha memupuk perpaduan perlu diteruskan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan dan ia perlu ditanamkan dalam jiwa generasi muda yang merupakan bakal pelapis pemimpin negara. Golongan muda perlu mendekati masyarakat melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Penglibatan Jiran Muda dalam aktiviti kemasyarakatan melalui aktiviti anjuran Rukun Tetangga dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) merupakan ke arah pemantapan perpaduan masyarakat peringkat komuniti. Oleh itu, artikel ini membincangkan penglibatan Jiran Muda dalam aktiviti Rukun Tetangga di Kawasan Rukun Tetangga Daerah Hulu Langat, Selangor. Responden kajian ini ialah seramai 401 Jiran Muda yang berumur di antara13 hingga 21 tahun yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Artikel ini menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap penglibatan yang sederhana dalam penglibatan aktiviti Rukun Tetangga. Artikel ini juga menunjukkan bahawa tahap penglibatan Jiran Muda dalam aktiviti Rukun Tetangga masih belum mencapai tahap tinggi dan hanya pada tahap sederhana, iaitu 76.5%. Penglibatan Jiran Muda dalam aktiviti Rukun Tetangga masih kurang memuaskan. Oleh itu, ttahap penglibatan mereka boleh dipertingkatkan melalui usaha dan kerjasama Jawatankuasa Rukun Tetangga dan JPNIN.

Kata Kunci: Penglibatan, Rukun Tetangga, Jiran Muda, Toleransi, Perpaduan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

TINGKAHLAKU PROFESIONAL DALAM KALANGAN BELIA MUSLIM DI TEMPAT KERJA

Ketika berada di fasa kitaran kehidupan belia, kebanyakan belia bekerja dan baru belajar mencari rezeki bagi menampung keperluan sara hidupnya. Perhubungan yang rapat terutama dalam kalangan belia berbeza jantina perlu had tertentu agar ia tidak membawa kepada hubungan intim negatif yang dikhuatiri akan membawa kesan buruk kepada individu yang terlibat, malahan kepada organisasi tempat belia tersebut bekerja. Makalah ini bertujuan adalah untuk mencari makna intim profesional dalam kalangan belia Muslim di tempat kerja. Artikel ini membincangkan beberapa persoalan berkaitan intim profesional dalam kalangan belia Muslim di tempat kerja dengan kekangan nilai yang ada. Kesimpulannya, penjagaan batas intim perlu dihormati sejajar dengan garis panduan Islam dan nilai-nilai tatsusila budaya yang diwarisi selama ini. Sehubungan dengan itu, penulis juga mencadangkan beberapa langkah bagaimana belia Muslim dapat mengawal pergaulan mereka daripada terjebak dalam hubungan intim yang membawa kesan yang negatif bukan hanya kepada diri mereka bahkan kepada negara.

Kata Kunci: Intim, Profesional, Belia Muslim, Tempat Kerja

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PEMBANGUNAN EKONOMI BELIA LUAR BANDAR

Pembangunan ekonomi adalah suatu punca kenaikan jumlah pendapatan dan pendapatan perkapita dengan menjumlahkan pertambahan penduduk serta pembangunan asas dalam sesuatu ekonomi sesebuah negara. Dalam artikel ini pengkaji mengkaji tentang pembangunan ekonomi belia luar bandar. Belia luar bandar biasanya dilabelkan sebagai belia yang berpendapatan rendah. Objektif kajian ini ialah pertama mengenal pasti golongan belia yang terlibat dengan pembangunan ekonomi luar bandar. Kedua menerangkan tentang peluang ekonomi belia luar bandar. Ketiga menjelaskan tentang bantuan yang diperlukan untuk membantu mengerakkan ekonomi belia luar bandar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Data dianalisis menggunakan SPSS. Hasil dapatan kajian ini mendapati peratusan, kekerapan, min dan kekerapan kumulatif dapat dilihat dengan jelas lagi. Kesimpulannya, belia memainkan peranan penting dalam aktiviti ekonomi dunia dan sesebuah negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif.

Kata Kunci: Pembangunan, Ekonomi, Belia, Luar Bandar, Bantuan, Kumulatif

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

KEPERLUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT GOLONGAN BELIA ORANG ASLI DI KUALA LIPIS, PAHANG

Salah satu strategi kerajaan dalam usaha meningkatkan akses teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ialah melalui Medan Info Desa (MID) terutama di kalangan belia yang tinggal jauh di pedalaman. Artikel ini bertujuan menganalisis faktor penerimaan dan penggunaan TMK di kalangan belia Orang Asli di Pos Sinderut, Kuala Lipis Pahang. Seramai 433 (L=208, P=225) belia masyarakat Orang Asli dipilih sebagai responden. Kaedah penyelidikan kuantitatif yang menggunakan soal selidik telah digunakan sebagai alat ukur dalam proses pengumpulan maklumat. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif serta analisis statistik seperti ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan kira-kira 64 peratus responden tidak tahu atau kurang mahir menggunakan telefon bimbit berbanding 89 peratus responden yang tidak tahu atau kurang mahir menggunakan komputer disebabkan mereka tidak memiliki peralatan tersebut. Bagaimanapun persepsi responden terhadap kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan mereka sangat tinggi. Kira-kira 76 peratus responden berminat untuk mengikuti latihan komputer jika disediakan secara percuma. Kekurangan kemudahan asas terutamanya elektrik, ramai belia masih tidak tahu membaca dan menulis, serta tingkat pengetahuan berkaitan TMK yang rendah menjadi faktor mengapa penyediaan kemudahan telecenter yang dilengkapi prasarana teknologi maklumat dan komunikasi masih belum sesuai dibangunkan di kawasan ini.

Kata Kunci: Belia, Orang Asli, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

AMALAN ‘BUDI BAHASA BUDAYA KITA’ MELALUI APLIKASI MEDIA SOSIAL

Budi bahasa merupakan elemen penting yang perlu ada dalam diri setiap individu kerana ia melambangkan peribadi dan sahsiah diri seseorang itu. Namun sayangnya pada masa kini budi bahasa tidak lagi dilihat sebagai elemen penting yang menyempurnakan peribadi seseorang. Peredaran zaman serta perkembangan teknologi semasa menjadi salah satu sebab mengapa amalan budi bahasa seakan dipinggirkan terutamanya oleh golongan belia. Kajian ini dijalankan untuk mencari pendekatan terbaik dalam memperkasakan kembali amalan berbudi bahasa dalam kalangan belia dengan menggunakan media sosial sebagai medium terbaru yang boleh menarik minat golongan ini untuk mengaplikasikan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini menggabungkan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dalam mendapatkan data daripada responden yang dikenal pasti. Hasil kajian mendapati, pengetahuan golongan belia terhadap amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ adalah tinggi. Manakala, sikap mereka terhadap amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ pula adalah baik dan positif. Daripada segi tingkah laku, hasil kajian mendapati ia berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan, media sosial berupaya mendidik golongan belia tentang amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’. Di samping itu, hasil kajian juga mendapati terdapat tiga faktor yang boleh menarik golongan belia terhadap amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ iaitu daripada segi bentuk mesej, sifat mesej serta cara mesej disampaikan.

Kata Kunci: Media Sosial, Amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’, Belia, Pendidikan, Malaysia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

CONTACT US

iyres-en.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

HYPERLINK