PERSEPSI BELIA MALAYSIA DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND TERHADAP PERLAKSANAAN GST

GST merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ia dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport. GST menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Objektif kajian ini meliputi tiga perkara: pertama, untuk mendapatkan pandangan pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) dan Ireland tentang kefahaman mereka terhadap perlaksanaan GST secara umum. Kedua, untuk mendapatkan kefahaman rakyat malaysia dalam perlaksanaan GST oleh kerajaan Malaysia. Ketiga untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden tentang kesediaan rakyat dan kerajaan Malaysia dalam Perlaksanaan GST di Malaysia. Kajian ini penting kerana persepsi, pandangan dan cadangan daripada pelajar Malaysia di UK dan Ireland ini boleh dijadikan satu panduan dan rujukan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam perlaksanaan GST. Dalam mencapai objektif penyelidikan, kaedah kajian berpandukan soalan soalselidik diguna pakai keatas 387 pelajar Malaysia di pusat pengajian tinggi di UK dan Ireland. Kajian ini telah dijalankan sepanjang tempoh dari bulan Disember 2014 dimana kertas soalselidik telah diedarkan kepada pelajaar-pelajar yang menyertai program anjuran pejabat Education Malaysia UK dan Ireland dan juga persatuan-persatuan pelajar Malaysia di sana. Data dianalisa menggunakan statistik deskripsi dan juga statistik inferential. Hasil dapatan menunjukkan pelajar Malaysia tahu dan sedar apa itu GST dan maklum yang banyak negara di dunia telah melaksanaan GST ini. Mereka juga sedia maklum akan perlaksanaan GST di Malaysia dan memberi reaksi positif akan kebaikan sistem cukai yang baharu ini. Responden juga sedar dan faham yang rakyat serta kerajaan Malaysia telah bersedia sepenuhnya untuk menjayakan sistem percukaian GST yang dianggap lebih baik daripada sistem cukai yang sebelum ini. Kesimpulan yang boleh dibuat, majoriti pelajar Malaysia di UK dan Ireland sedar dan faham dengan perlaksanaan GST yang diyakini akan lebih memberi keadilan kepada semua pihak yang sumber pendapatan yang tinggi kepada kerajaan. Memandangkan pelajar Malaysia di UK dan Ireland sedar dan faham akan kebaikan sistem percukaian baharu ini, maka kerajaan boleh menjadikannya sebagai salah satu contoh akan kesedaran dan kefahaman rakyat untuk meneruskan perlaksanaan GST ini.

Kata Kunci: Perlaksanaan, Cukai GST, Cukai Kepenggunaan, Pelajar Malaysia di UK dan Ireland, Percukaian

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH