HISBAH AKHLAK DALAM PENDIDIKAN SPIRITUAL BELIA

Pendidikan spiritual berupaya menjadi tunjang dalam memastikan kestabilan emosi dalam kalangan belia. Golongan belia seharusnya disedarkan bahawa mereka perlu membentuk satu emosi yang stabil bagi menghadapi cabaran pada kini terutamanya isu berkaitan krisis identiti diri kerana golongan ini mudah terjerumus ke dalam gejala sosial yang tidak sihat. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada matlamat utamanya iaitu mengenal pasti hisbah akhlak dalam pendidikan spiritual belia. Kajian ini melibatkan 200 orang mahasiswa IPT yang terlibat dalam kajian tinjauan melalui soal selidik dan 9 orang dipilih dalam sesi temu bual. Soal selidik kajian terdiri amalan hisbah akhlak melibatkan enam komponen yang utama iaitu musyaratah (perjanjian hati), muraqabah (pemerhatian tingkah laku), muhasabah (perhitungan amalan), muaqabah (peneguhan rohani), mujahadah (penentangan nafsu) dan muatabah (penegasan jiwa). Data dianalisis secara deskriptif. Secara keseluruhannya, dapatan analisis deskriptif menunjukkan amalan hisbah akhlak pada aras interpretasi sederhana tinggi (min =3.82, sp=0.71). Secara amnya, amalan yang menunjukkan interpretasi sederhana tinggi adalah musyaratah (min=3.89, sp=0.66), muraqabah (min=3.84, sp=0.63), muhasabah (min=3.38, sp=0.78) muaqabah (min=3.81, sp=0.78) mujahadah (min=3.92, sp=0.67). Manakala amalan muatabah (min=4.09, sp=0.71) diinterpretasikan pada aras tinggi. Rumusan kajian menjelaskan amalan hisbah akhlak mampu memperbaiki tingkah laku serta akhlak menjadi lebih baik serta dapat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T melalui amalan-amalan seperti membaca al-Quran, melakukan solat sunat dhuha dan tahujjud, berzikir, bersedekah dan sebagainya. Melalui amalan hisbah akhlak mahasiswa berupaya mengubah diri menjadi seorang insan yang bertakwa dan beriman kepada Allah S.W.T dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Kata Kunci: Pendidikan Spritual, Hisbah, Akhlak, Ketidakstabilan Emosi, Belia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH