PENGLIBATAN JIRAN MUDA DALAM AKTIVITI RUKUN TETANGGA DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

Perpaduan kaum yang wujud di negara ini dikatakan masih bersifat luaran dan belum mencapai apa yang diidamkan oleh semua masyarakat Malaysia, iaitu perpaduan yang berasaskan saling menghormati, bersikap toleransi dan menghargai kepelbagaian. Usaha memupuk perpaduan perlu diteruskan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan dan ia perlu ditanamkan dalam jiwa generasi muda yang merupakan bakal pelapis pemimpin negara. Golongan muda perlu mendekati masyarakat melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Penglibatan Jiran Muda dalam aktiviti kemasyarakatan melalui aktiviti anjuran Rukun Tetangga dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) merupakan ke arah pemantapan perpaduan masyarakat peringkat komuniti. Oleh itu, artikel ini membincangkan penglibatan Jiran Muda dalam aktiviti Rukun Tetangga di Kawasan Rukun Tetangga Daerah Hulu Langat, Selangor. Responden kajian ini ialah seramai 401 Jiran Muda yang berumur di antara13 hingga 21 tahun yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Artikel ini menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap penglibatan yang sederhana dalam penglibatan aktiviti Rukun Tetangga. Artikel ini juga menunjukkan bahawa tahap penglibatan Jiran Muda dalam aktiviti Rukun Tetangga masih belum mencapai tahap tinggi dan hanya pada tahap sederhana, iaitu 76.5%. Penglibatan Jiran Muda dalam aktiviti Rukun Tetangga masih kurang memuaskan. Oleh itu, ttahap penglibatan mereka boleh dipertingkatkan melalui usaha dan kerjasama Jawatankuasa Rukun Tetangga dan JPNIN.

Kata Kunci: Penglibatan, Rukun Tetangga, Jiran Muda, Toleransi, Perpaduan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH