INDEKS BELIA MALAYSIA: PENGUKUR KESEJAHTERAAN HIDUP BELIA

Penerbitan Edisi Khas Malaysian Journal of Youth Studies (MJYS) kali ini membawa tema Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Kesemua artikel yang diterbitkan dalam Edisi Khas IBM menggambarkan 12 Domain yang menjadi tunjang pembentukan IBM. Antaranya adalah: Domain Pembangunan Kendiri; Hubungan Sosial; Identiti; Potensi Diri; Kesihatan; Pendidikan; Kesejahteraan Ekonomi; Keselamatan; Sosialisasi Politik; Penggunaan Media; Waktu Senggang; dan Bebas Tingkah Laku Devian. Penerbitan ini merupakan edisi khas kali kedua MJYS sejak diterbitkan pada tahun 2008.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH