INDEKS BELIA MALAYSIA: GAMBARAN IMPAK PELAKSANAAN DASAR BELIA MALAYSIA

Dasar Belia Malaysia (DBM) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Mei 2015 bersempena dengan Hari Belia Negara 2015. DBM terbentuk hasil daripada suatu usaha bagi mengemas kini dan mengukuhkan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997. Pengukuhan dasar mengenai belia di negara ini adalah dilihat amat penting dalam konteks memenuhi keperluan kerangka kerja dan ekosistem pembangunan belia abad baru berdasarkan asas yang telah terbina dalam dasar-dasar terdahulu.

Mengenali Belia Malaysia
DBM ketika ia dalam proses pembentukan, melihat akan keperluan penting untuk mengenali belia-belia Malaysia dengan lebih mendalam. Oleh itu, satu proses perbincangan dengan golongan belia dalam pelbagai segmen di seluruh negara telah dilaksanakan. Sesi perbincangan berkenaan dilengkapkan dengan perbincangan bersama pemegang taruh lain seperti agensi kerajaan, ahli akademik dan barisan kepimpinan politik negara. Rujukan kepada pelbagai sumber penyelidikan juga dilaksana bagi membolehkan situasi semasa belia-belia Malaysia dapat difahami dengan lebih baik. Hasilnya, DBM mengenali belia-belia Malaysia berdasarkan: cabaran-cabaran yang dihadapi dalam dekad ini; karakter belia masa kini; serta dapatan daripada penyelidikan yang mengukur tahap kesejahteraan hidup belia. Ia turut disokong dengan dapatan daripada pelbagai kajian mengenai hal ehwal belia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH