PERANAN INSTITUSI KEWANGAN DALAM KESEJAHTERAAN EKONOMI BELIA LUAR BANDAR

Faktor ekonomi adalah faktor yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi seperti sumber alam, sumber manusia, sumber modal dan keahlian dalam keusahawanan. Faktor modal merupakan sumber yang paling penting dalam membangunkan ekonomi belia luar bandar. Tanpa modal usaha-usaha untuk membangunkan ekonomi tidak dapat dijalankan. Dalam kajian ini institusi kewangan memainkan peranan penting dalam membantu belia-belia luar bandar memajukan ekonomi mereka. Objektif kajian ini ialah pertamanya mengenal pasti institusi kewangan yang memberikan pinjaman kewangan kepada belia-belia yang hendak memulakan perniagaan. Kedua menjelaskan peranan institusi kewangan dalam memberikan bantuan kepada belia-belia yang hendak memulakan perniagaan. Kajian ini menggunakan Teori Daya Saing Porter (Teori Berlian) untuk menganalisis. Kajian ini mendapati banyak contoh institusi-institusi kewangan seperti MARA, Amanah Ikhtiar, MARDI, TEKUN, dan Tabung Ekonomi Belia yang memberikan pinjaman kepada belia-belia luar bandar untuk memulakan perniagaan. Kesimpulannya institusi kewangan memainkan peranan penting untuk membangunkan ekonomi belia luar bandar.

Kata Kunci: Belia, Ekonomi, Luar Bandar, Kewangan, Pinjaman

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH