BELIA DAN ISU JENAYAH MASA KINI DI MALAYSIA

Golongan belia pada masa kini merupakan ahli penting dalam masyarakat kerana mereka merupakan aset yang berharga kepada negara. Maka, adalah penting untuk mendidik dan mempengaruhi generasi ini agar menjauhi perilaku jenayah kerana kebolehan, keupayaan dan keistimewaan generasi ini tidak akan sempurna dan berguna kepada negara jika akhlak dan peribadi mereka tidak dijaga dan dipelihara. Kajian ini bertujuan untuk memahami pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap isu jenayah di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif melalui tinjauan soal selidik dalam mendapatkan data daripada 1000 responden yang dikenal pasti. Hasil kajian mendapati, pengetahuan belia tentang isu jenayah di Malaysia adalah tinggi. Manakala, sikap dan amalan belia tentang isu jenayah pada masa kini pula menunjukkan ia adalah baik dan positif. Dengan mengetahui pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap isu jenayah pada masa kini di Malaysia, ia akan memudahkan pihak berwajib mencari pendekatan terbaik dalam menyampaikan mesej jenayah. Mesej tersebut dapat dibentuk mengikut tahap pengetahuan, sikap dan amalan untuk memastikan penyampaian mesej dan maklumat yang efektif.
Kata Kunci: Belia, Jenayah, Pengetahuan, Sikap, Amalan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH